Wednesday, July 16, 2008

PSM dan sebelah mata (kiri) yang merah

Sekarang ni critical point; supervisor untuk PSM belum konfem lagi. Di tengah2 kesibukan, ada pulak kesulitan. Mata kiri aku bertukar merah. Bunyi macam entiti@seekers, tapi sakit mata sebenarnya. First time aku sakit mata seteruk ini. Kena cahaya pun x boleh nk proses. Sakit.
Tapi aku terfikir satu petikan; "kesakitan itu menghilangkan keburukan". Betul jugak.. Aku x ingat dimana aku copy petikan ini.. Setiap kali aku rasa sakit, aku akan rasa gembira (buat2 la..) sebab aku fikir kesakitan itu menghilangkan keburukan yang ada pada mata kiri aku ni.. Mungkin sel2 mata kena overhaul tuu.. Sekarang = gembira sbb kurang sakit, boleh buat kerja + rindu dgn rasa sakit yang menghilangkan keburukan.

What BLOG does to me?

Masa kecik - kecik, aku suka menconteng. Dapat satu pen/pensil, cari medium. dinding, pintu dan ruangan tepi @ iklan yg banyak space pada surat khabar jadi mangsa. Tulis apa saja. Curahkan apa yang terlintas. A MIND IS A TERRIBLE THINGS TO WASTE. Ya, aku memang ingat ayat tu dan pegang betul2 dalam kepala. Selalulah muhasabah diri sendiri... "aku banyak buang masa, tapi bukan buang fikiran yang baik2".
The most Powerful tools : A PEN AND A PIECE OF PAPER . Komputer ni sebagai representation jer sbb kita mampu simulate "pen and paper". Menulis; mungkin aku dapat memberi... (ataupun berkongsi) ...pandangan. Point of view; bila orang lain dapat melihat dari kaca mata kita sendiri.. (siapa: kawan, @ mungkin orang yang x kenal kita) ... orang dapat memahami (sikit2). Mungkin ada orang kata, "eh.. betul jugak ehh..". Secara tak langsung kita dapat sokongan moral.
Diary, mungkin kurang sesuai bagi orang lelaki. Tapi blog ni pun lebih kurang macam diari sket2. Tapi x apa..
Dulu: Guna notepad untuk blog (unpublished), kemudian baca balik seminggu atau sebulan lepas tu. Fahami situasi semasa blog ditulis. Bezakan dengan keadaan sekarang. Apa yg berlaku diantara kedua2nya? Itu yang aku buat...
Apa yang aku dapat? MUHASABAH. Lebih kurang macam analysis laa.. Mungkin masa baca semula blog lama, kita rasa x suka dengan apa yg ditulis. Semasa tulis blog tu, rasanya apa yg kita tulis tu lah paling relevan. Tapi bila baca semula... "Oh, teruknya fikiran aku dulu..". Rasa macam nk delete je blog lama.. Siapa pernah mengalami situasi ini? Sila angkat tangan.