Saturday, August 30, 2008

teori operasi dan modus operandi


Aku menerima ini dari seorang rakan penulis blog dan juga pencinta muzik especially butterfingers iaitu (seyn). Tag katanya. Aku belum balas lagi. Tapi aku letak kt sini + sedikit discussion. Kire dh reply ah tag ni ye..


Tak pernah sebelum ini aku menerima tag. Terima kasih untuk tag tersebut. Tapi aku ragu2 untuk membalasnya.. Apa yang aku nk buat ni.. Aku buat sedikit 'literature review'. Sedikit pengaruh dari PSM merebak ke halaman blog ini yeah..

Aku kurang memahami teori operasi dan modus operandi apa yang dikatakan 'Tag' ini. Mula - mula aku bayangkan sesuatu 'yang mcm tanda, label,digantung' @ lebih kurang mcm gitu la.. Tapi ia bukan apa yang aku fikirkan. Aku bukan susah sangat.. Take it easy. Tapi sekadar terfikir dengan instruction2 yg ada pada tag tersebut..
Mungkin ia satu cara untuk meg'link'kan seseorang dengan beberapa orang lain dgn beberapa orang lain lagi.. Itu bagus. Aku setuju. Adakan connection, Eratkan silaturrahim.

Ni Post utk Merdeka sebenarnya. X ada idea.. Kira halal la.
Merdekaa...

Selamat menjauhkan diri dari perkara yang merosakkan kemerdekaan kita.

Friday, August 29, 2008

perkataan - perkataan yang di BOLD

MOOD: BERIMAN

Aku baru menghabiskan sesi berkerut dahi membuat repot switching yg panjang. Fuuhh. lega. Bulan ramadhan yang mulia bakal menjelma beberapa hari lagi. Xtau lah mcmne jadinya bulan ramadan dengan penghayatan yang mendalam tentang macam2 jenis pelajaran ini. Harap2 ramadhan membawa kearah kebaikan. Tapi lapar susah nk study tu..
Bagaimana nk melalui bulan ramadhan?? Puasa mesti.. Tapi memang sukar nk tukar tabiat. Aku biasa bangun tidur pagi-pagi (tengahari dh kot) dan terus menekan suis pemanas air. Buka computer dan mulakan latihan menembak; CS. Air dah panas je, buat air. Kalau hirup panas2 baru layan, naik ke atas rasa nescafe o. Sekali telan jer. Terbakar pun terbakar ah... Tapi aku tak sebodoh itu. Tunggu sejuk sikit rr..
Terus main game sampai berpeluh (sebab semangat sgt main cs). Kepala dah kekiri kekanan bergerak. Terpengaruh dengan pergerakan mengelak peluru. Tapi biasanya mampus jugak kena tembak. Mane boleh elak peluru. Laju ooo.. Pastu cucuh rokok; sebab bengang main dengan bot power sgt. Kejap2 aku mampus kena tembak. Pastu kena bom. Suwey. Mencarut2 aku.
Tengahari bangun tdo mesti perut berkocakan. Nk kena g mkn tghari lagi.
Petang pulak main gtar kalo xde kerja; main gtar ni byk jugak makan rokok untuk mendapatkan level of immersion yang menarik. Haha. Dan tibanya waktu petang, minum petang pulak. Kuih kt kedai pakcik apam balik tu sedap2.

Sebulan kehadapan; bulan puasa. Semua orang menghadapinya kecuali orang kafir. Aku sebagai orang islam, perlu mempersiapkan diri menghadapi bulan puasa ini. Dan akan ku cuba untuk mengelakkan perbuatan2 yang di'bold'kan dalam perenggan diatas. Bulan puasa nanti pasti aku rindukan perkataan2 ter sebut. Uuuu...

Aku bukanlah orang yang layak untuk menasihati orang lain. Nasihat diri sendiri pon x boleh. Aku juga bukan bergelar ustaz, mahupun terlibat dalam Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun aku ada janggut macam ustaz. Haha. Alim rupanya aku. Maka aku menulis sikit sebagai nasihat kepada aku dan juga orang yang terbaca post ini. Untuk renungan sempena bulan ramadhan je, bukan nk promosi gerai bazar ramadhan pun..

Sebab apa kita puasa? Kan kalo makan lagi bayak tenaga utk buat kerja seharian.. Adakah sebab memang kita diajar utk berpuasa di bulan ramadhan. Ye la, kita org islam mesti puasa. Tapi kita x boleh mengikut sahaja. Kena ada sebab. Cuba2lah korek rahsianya.. Crack the code! Mesti ada kelebihan + rahsia2nya. Aku pun tau sikit2 jer.. Utk kesihatan, macam enjin la. Kadang2 kena berehat jugak. Xboleh on 24 jam. Buang bahan kimia yg berlebihan dalam badan kita. Sebab hidup ni bergantung kepada makan. Masa bila nk makan, masa bila xpayah makan. Tu kena pastikan.


Kita tengok sejarah: Nabi Muhammad boleh berperang di bulan puasa. Perang ooo. Bwk pedang berat. Kita buat kerja sket bulan puasa dh x semangat. Cmne??



Akhir kata, Selamat menyambut bulan ramadhan. Selamat berpuasa.
Mug ni mujarab kalau bg kt org malas puasa, dia buat air masa hari puasa, dia akan terasa pedih dgn ayat kt dinding mug tu.

Thursday, August 21, 2008

Aku rasa macam nak mencarut, tapi...

Ktingg ting ktinggg...

Aku rasa...
banyak yang aku rasakan sekarang ni

bosan adalah perasaan utama + anak2nya: lapar, dahaga.
Tapi yang aku nak fokus kt sini adalah perasaan nak mencarut.
Aku bukan suka sangat mencarut tetapi itulah yang aku rasa sekarang.

nak kata aku ada byk masalah.. tak kot
apa yg aku rasa bukan masalah
masalah dihadapi bukan dirasai

bukannya aku ada masalah kerja
kerja banyak, tapi aku buat tak tau jer
tak ada masalah

bukannya gaduh dgn bini
awek pon x ada
tak ada masalah

bukannya ada masalah duit
duit banyak xtau nk guna kemana
tak ada masalah

nk kata gatal kepala, rambut dh buang semua
mana ada kelemumur
tak ada masalah

tapi aku macam terpanggil sesuatu
sesuatu yang aku inginkan
aku bukan nak sangat pon
tapi tanpa aku sedar memang aku berusaha untuk mendapatkannya
ia bukanlah benda, bukan objek yang boleh dicapai dengan pancaindera

aku rasa keadaan aku sekarang macam ni:
seorang budak sedang bermain2 dengan pistol mainannya
dia bosan tapi tu lah mainannya
main jugak walaupon bosan
pastu dia terdengar bunyi loceng orang jual aiskrim
dia pon teruja la nak aiskrim
aiskrim = sedap
tapi, ia bukannya elok sangat pon
sejuk + ada pengawet
tapi dia tak tahu
mintak kat emaknya
lalu emaknya belikan

aku sekarang diibaratkan terdengar bunyi loceng orang jual aiskrim tu la
aku tak tahu apa yang aku nak ni bagus ke x bagus ke
sebagai seorang 'budak' aku main nak jer

tapi masalahnya kt sini tak ada 'emak' yg nk dapatkannya untuk aku
takkan aku nak mintak dengan mak aku kt kampung tu
nnt kene beleber.. kata aku gila pulak.

aku mahukannya. tapi aku tak tahu macamana nak dapatkannya. aku pun terpaksa melupakan hasrat itu. no more ice cream.

jadi, kalau baik ia, maka rugilah aku terlepas kebaikan itu.
dan, kalau buruk ia, maka untunglah aku terlepas keburukan itu.

Aku rasa macam nak mencarut, tapi tak baik la..

Tuesday, August 19, 2008

Kemana fikiran melayang

Cuti seminggu bunyi macam lama. Aku tak pernah tak balik kalau ada cuti. Balik jugak walaupun sekejap. Tapi kali ni aku mengambil risiko untuk sedikit perubahan. Aku menolak ketepi segala tohmahan manusia dan godaan syaitan yang mengajak aku balik. Aku tak mahu balik sekarang! Raya nanti balik la..
Dan sudah beberapa hari aku duduk di melaka, melayari keboringan; yang memang aku sudah duga kedatangannya. Dan bukanlah kekosongan yang mengisi keboringan itu. Aku ada misi. Untuk memperbetulkan apa yang salah. Meluruskan yang serong. Ia memerlukan ruang dan masa yang cukup banyak. Mungkin sempat, dan juga mungkin tak berjaya. Masa masih panjang dan aku masih berkira-kira untuk mendapatkan "peace of mind".

Ini gambar tempat kegemaranku. Sungai. Memang. Aku memang suka berada di kampung ku yang indah lagi permai. Tapi, kalau aku balik pun, aku bakal merasai beban kemalasan untuk kembali ke sini. Banyak jugak masa yang diperlukan untuk perubahan itu. Maknanya, ia tidak mengubah apa-apa tapi memburukkan keadaan. Aku terpaksa melupakan hobi buat sementara waktu.

Tentang misi pula. Bunyi macam hebat tapi tak. Aku cuma berperang dengan diri sendiri. Setelah hampir 22 tahun hidup, banyak dah aku lalui dan aku telah merasai sedikit kemanisan hidup (banyak jugak). Namun aku masih mengejar banyak benda2 yang aku sendiri pun tak nampak dan aku tak tahu apa yang aku mahukan. Aku masih lagi meneroka pemikiran sendiri...

Kadang2 aku rasa macam aku kehilangan "grip". Dan mungkin juga perasaan sahaja; yang didorong oleh setan2 yang berkeliaran; mahukan aku jadi kawannya. Sudah cukup banyak benda yang aku abaikan, jauhkan dan elakkan.


Tapi, INSPIRASI dan MOTIVASI. Dimana?

Friday, August 15, 2008

Hipokrit, tapi Nasib Baik

Aku dibesarkan dalam suasana yang sederhana di sebuah kampung di Terengganu tanpa gangguan bunyi muzik2 dari apa2 genre sekalipun. Kalau sebut nama kampung pun bukan anda tahu.. buang dakwat je.. Sebuah kampung yang aman damai sebelum kebangkitan semangat ke-partian era skandal Melayu BN-PAS (xde kaitan). Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Getang dan merupakan seorang pelajar harapan merangkap Pengawas sekolah. Sekolah menengah aku - SMAASZA, sebuah sekolah agama berasrama penuh ternama di Kuala Terengganu. Aku bermula dengan memakai kopiah kemudian tidur di dalam kelas semasa waktu study(prep). Disitulah aku memulakan pembinaan landasan yang membawa hidup aku ke tahap bangau sekarang ni.. Tingkatan tiga merupakan detik perubahan dlm hidup aku. Masa tu aku terjumpa kaset Green Day kepunyaan kawan aku + walkman. Aku pon tekan play.
Apa yg berlaku?? Ada bunyi lagu laa.. Dh tekan play mmg la bunyi lagu xkan keluar bunga api pulak..
Pendekkan cerita laa.. (dh mengantuk). Aku mula bercita2 utk mendalami bidang muzik. Haha. Tingkatan 4 dan 5 di MRSM Pengkalan Chepa, aku masih lagi hanyut. Tahun satu di matrikulasi Kolej Mara Kulim, aku nekad membeli sebijik gitar Kapok. Masa tu aku tak reti langsung main gitar dan mungkin jugak tak tau apa fungsi sebuah gitar. Haha. Tp nak belajar kna ada gtar.
Tahun satu di utem, aku mula menjinakkan diri dgn studio jamming walaupon jamming bunyi macam orang buang sampah. Tahun 4 (baru2 ni) join War of The Band tp aku tak tahu apa yang juri duk menyumpah dalam hati terhadap kami. So, x boleh la nak menilainya.
Kisah hipokrit: Pada pandangan orang tua ku, aku adalah seorang anak yang biasa2 saje. Bila berhadapan dengan mereka, aku pijak semut pon tak mati... Aku memang sentiasa menyembunyikan diri aku yang sebenar dibalik topeng. Dh biasa hipokrit sejak bangku sekolah lagi. Aku cuma tak mahu membebankan orang tua dengan masalah remaja seperti aku ini. Mungkin aku tercemar (sikit2) dengan budaya kuning tapi aku x mahu orang tua aku kecewa. Jadi, aku buatlah macam segalanya ok padahal tidak!
Dan pada hari WoTB itu, rahsia hipokrit ku hampir terbongkar. Kebetulan hari tu, abang aku grad dan orang tua aku datang la.. Kebetulan, orang tua ku jalan2 kat gerai2 byk2 tu. Siap duduk depan stage lagi. Kalaulah pada waktu itu aku perform, memang org tua ku terpaku melayan petikan gitar syahdu aku. Dan mampuslah aku kena ceramah oleh ayah aku. Persoalannya, takkan itu pon nk kecoh? Hmm.. Susah nak explain sebab orang tua aku lahir pada zaman yang berbeza dengan kita. Benda2 macam ni memang sukar diterima..
Tapi nasib baik masih menyebelahi pihak yang salah. Pada waktu sebelum band aku start perform, orang tua aku berangkat.. katanya nak ke Menara Tamingsari. Aku cuma senyum + angguk. Lega... Dan aku terus menjadi HIPOKRIT sampai bila pun xtahu..

Sunday, August 10, 2008

Hahaha. Dh lepas.

"Kali Pertama" memang sesuatu yang mengundang pelbagai komplikasi terhadap kita. Ingat tak kali pertama anda ke sekolah rendah? Macamana rasanya? X ingat sudahhh..
Aku baru je lepas persembahan live band yang pertama semalam. War of The Band UTeM.
Aku baru je bangun tido (3.15 am). Best gile tido sejak lepas maghrib tadi.. Siap mimpi tukang sapu baling penyapu masa buat persembahan masa WoTB. Penyapu buruk pulak tuu.. Nasib baik mimpi jer.. Kalo betul2 punya, aku dah berangkat ke Vietnam dh ni; menyorok dalam semak. Teruk sangat ke kami ni sampai baling penyapu.. Ishkk. X betramadun arr tukang sapu ni.. Baling arr bunga ke, duit ke..
Perghh.. Aku pon x sangka aku masuk menatang ni. Tapi bagus jugak, dapat jugak pengalaman. Aku join pun sebenarnya atas desakan member yang bersungguh2 dtg kejut aku pagi2, gi belanja sarapan, pastu lps makan suapkan aku rokok; siap tolong nyalakan lighter lagi. Semuanya gara2 nak ajak aku join diorang. Waahh. Rasa macam penting sangat pulak aku nih.. Sebenarnya tak! Aku bukannya pandai sgt pon, sekadar boleh main jer... Kami dh lama jam bersama dan mereka bersungguh2 nak masuk. Tapi aku masih mengalami "gejala muzik yang kurang enak" pada masa tu (lain masa aku cerita pasal ini). Tapi aku pon terima jer la. Nk rasa jugak macamana ketarnya lutut berada di atas pentas yang taklah tinggi sangat dan jadi tumpuan orang ramai. Sekali lagi; pentas tu taklah tinggi sangat, ada 4 anak tangga jer, tapi masa WoTB tu rasa macam panjat Gunung Datuk kt Rembau dulu. Ish, berpeluh.. STAGE FRIDGE katanya Kamil.
Nama band yang dipilih oleh Pendek mengundang sedikit kontroversi. Bukan dgn pihak band, tapi DJ masalah sket masa kami nk naik pentas. Kami tak kisah band nama ape pon sebab bukan kekal lama pon. Lagi pulak dia bukak kamus pastu main ambik je satu perkataan; UNCONCIOUS. Ok la tuu. Kami paham. DJ WoTB pulak bengong. X reti eja nama band kami pastu komen nama pelik2 laa... Baca kamus arr weii..
Sampai atas pentas, aku dah tak berapa pandai mengira.. Hidung aku yang selesema dan asyik keluarkan hingus sebelum ni pon dah x ingat yang dia selesema. Xde langsung selesema masa atas pentas tu. Bagus jugak. Dibuatnya hidung aku panik, mau banjir pentas tu... Aku sambar kabel gitar yang pendek dan aku terus cucuk kat mana patut. Pusing knob amp sket, main2 switch; ok le tu. Layan sudah; bak kata Zamer yang kali kedua masuk WoTB. Aku pon ape lagi, layan laaa. Dah tak ingat crowd kat depan. Rupenye aku layan betul2; sorang2. Masa main lagu pertama, timing aku dah tak berapa betul. Lagu kedua okla. Kami bawak lagu The Times: Disko Dansa + Picagari. Tu jer yang termampu tapi ok la sebab vocalist (Ang) memang layan dan dah berangan nk jadi NAZA.
Ramai jugak member2 dtg beri sokongan. Tapi, ada jugak aku dengar suara sumbang kera2 yang mengutuk kami. Jangan macam tu.. Kami dh la fist time panjat pentas nii.. Kutuk pulak. Lagi goyang lutut!
Dh abis je nyanyi. Vocalist terus berlari2 anak turun pentas. Aku pun cepat2 off amp pastu ikut sama. Bengong Ang, laju jer dia turun. Tau la kami main x menjadi jgn blah cmtu jer..

Macam2 arr pengalaman kami dapat masuk benda nih. X rugi r bayar RM60 walaupun sume band luar UTeM sapu wang hadiah.

Tu la kali pertama aku berjaya mengatasi ketakutan naik pentas. Lepas ni naik lagi kot. Hehe.. Tapi aku bertanya kepada member2 band, "sebab apa tahun 4 ni baru kita nk masuk WoTB sedangkan dh lama kita jam bersama; sejak taun 2 lagi?".
Jawabnya,"Woouuuu.. Kalau kita main hancurr, malu sekejap jer sbb taun depan kita dh tak ade kt sini.." Hmm.. Betul jugak. . .

Saturday, August 9, 2008

It's allright now & i think it's getting better..

Waaaaaaaarrgghhhhhhhhh...
A big shout to my-own-self. I feel relieved. I just done strumming out 'things' at our second jam session & i think we're ready to go for WoTB (33 hours left). Just go... I'm not comparing our band with other bands, but ourself indeed. We have made a lot of development even though we're not as good as The Times. The jam acts and parts is good this time. There's a few audience; acting as fans (fake! haha..). It's all strummed out & we can catch the song in our amateur. No more dirty little problems .
As the clock is ticking, our knees are all shaking. I dont know what its like to be on the stage & in the show. Just HOPE FOR THE BEST & PREPARE FOR THE WORST.

Wednesday, August 6, 2008

Apa lagiii.. ???


    I'm screwed up!! What it takes to be bold when commitment cant do? I just received a demotivating piece of mind from my partners. They're not interested anymore in WoTB. And i feel like giving flowers to monkeys. I dont give a discount to my commitment! I dont care if we can't make it well or we lose because i'm prepared to accept that. I just don't want to turn back once i've made up my mind.
    I never expected it will be this [mind-heart-soul]-breakinggGGGGG!! I had expected a lot of hardness, discomfortness and timelessness in chasing a dream but this time, its different.
    Chasing the wind in the blu-blue sky? Not anymore... Its a sudden loss of passion. I dont know how to feel. Right now i dont even know how to arrange my sentences.. I'm out. Its rotting out my teeth!

    Sunday, August 3, 2008

    Semalam yang panas!!! Cobaan

    Turning point at critical point!!
    Hari ni hari last daftar War of The Band.
    Aku pulak masih pening + sakit hati dengan cobaan yang melanda. Aku berikan sepenuh komitmen untuk join War of the Band. Tapi keadaan tak mengizinkan.
    Semalam adalah last jam session bersama band yang belum ada nama (tapi lebih dikenali dengan nama B**** P*** -censored). Tapi semangat dh jadi pudar. Nk jam pon susah. Book pukul 10. Tapi lain jadinya. Tauke studio terpaksa tangguh ke pukul 12, banyak hal la pulak. Jadi, bdk2 band terpaksa 'hold on' smpai pukul 12. Dahla semalam nk buat keputusan samaada nk masuk @ tak WoTB Utem. Critical point!
    Sampai la pukul 12, semua bdk band menguatkan semangat utk final test. Tp tauke studio call, suruh dtg pukul 12.30. Lagiii...
    Pukul 12.30 menjelma dan bdk2 band siap sedia dpn studio. Tp apalah malangnya pengurusan studio yg x cekap... Terpaksa lagi tunggu pukul 1.20. Semangat dh hilang. Topup sikit dgn lepak2 dlu, minum2. Ambik angin segar sket...
    Dan tibalah masa yang dinantikan. Masa tu kami jemput lead guitarist utk audition + 2 org penonton. Tapi keadaan yang 'Bbolok" itu menyebabkan semua x menjadi. Semua dh xde feel. Yang ada cuma 'sound & silence'. It's hard to explain though! Lead guitarist yang first time jam dgn bdk2 band x puas hati dgn prestasi yang 10sen itu. Dn dia lebih positive utk x menyertai WoTB. Perghh. Teramatlah kecewa bdk2 band. Malu pon ada. Bukan kerana lead guitarist tapi dgn diri kami sndri. Bukan nk salahkan keadaan(bdk2 ni pon bkn mahir sgt, tapi biasanya OK). Terpaksa mengakhiri sesi yang paling teruk + melupakan angan2 utk buat "langkah pertama".
    Awal pagi, perbincangan meja bulat berlangsung di Subaidah. Semua muka seposen sbb semuanya jadi terbalik + lupakan hasrat nk masuk WoTB. Lead guitarist dh lama balik x ada masa tu. Tp kami diberi peluang kedua. Another turning point! Lead guitarist sms bermaksud : "Korang main mmg teruk malam ni. Aku rasa sesi tadi yg paling teruk aku dengar. Oleh kerana 'tadi' dh berlalu, aku rasa esok lusa x akan jd lebih teruk sbb ;tadi' adalah yg paling teruk. Paham? Ni nombor IC aku + nama ... ...). You guys rock."
    Kami ambil risiko peluang kedua dan balik tido. Dan aku bangun pagi ini dgn KOMITMEN, tapi belum jumpa bdk2 band. Malam ini menentukan segala2nya.