Friday, September 26, 2008

Nak raya jugak

Tugasan raya..
Sebenarnya banyak.

Projek sarjana Muda yang bakal menentukan masa depan.
Study pasal benda2 yang tak nampak (yeah.. pasal elektronik).
Assignment.
Test bakal menjelma.

Tapi. biarkan.
Aku nak raya sepenuh hati.

Dan lepas raya aku bakal mengalami zaman serabut. Aku dapat sedikit bayangan ni. Serabut dan sukar agaknya.
Nanti tengok apa yang jadi..

Aku nak balik kampung sekejap lagi. Nak raya dulu.

Wednesday, September 24, 2008

Minta tolong sikit

Sesuai @ tidak meminta pertolongan dengan anonumous??
X apa.

Aku ingin meminta tolong jasa baik sesiapa yang terbaca post ini.
Tolong aku..
Aku perlukan sangat pertolongan orang lain kerana aku tak mampu lakukannya sendiri. Tolong maafkan aku jika ada terbuat salah silap @ tersilap cakap yang menyinggung perasaan mana-pihak. Sempena menghayati bulan Ramadhan yang hampir habis, dan juga sempena Hari Raya.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Susah nak mengenalpasti kesalahan sendiri. Aku dari tadi memikirkan apa salah aku buat tahun ni.. Dengan siapa aku bersalah.. Jadi, jika aku ada buat salah. Maafkanlah. Mohon.. Dan bagi sesiapa yang tak puas hati. Luahkanlah. Anda boleh post comment sebagai anonymous; luahkan apa anda tak puas hati. Semoga lepas ni tak ada lagi.. Ikhlas ni..

Monday, September 22, 2008

Jalan bulan puasa

Aku melalui jalan di tepi bangunan berhampiran MITC. Bangunan tersebut sedang dibina dan pada masa tersebut ramai pekerja sedang bekerja. Cepat benar kemajuan pembinaan bangunan itu.. Kren - kren sedang giat digerakkan mengangkat bahan binaan. Diantara kren kren tersebut, mata aku terfokus pada kren yang paling besar iaitu Tower Crane yang dibina pada bangunan itu. Mungkin mengangkat sebuah lori kecil tidak menjadi masalah baginya.
Ia sedang bergerak. Nampaknya macam sedang mengangkat beban. Tapi aku tak nampak beban tersebut (ia terlindung oleh bangunan). Aku terasa ingin tahu. Aku pun terus memerhatikan kren tersebut walaupun aku terpaksa membahagikan masa melihat jalan. Maklumlah, sedang menunggang motosikal.
Kemudian aku ternampak beban yang diangkatnya:

Aku tak tahu apa nak rasa..
Rasa geli hati x kena..
Rasa marah x kena..
Rasa kecewa x kena..


Beban yang diangkatnya adalah sebungkus air + nasi bungkus dalam plastik kecil bewarna merah. 100kali lebih kecil berbanding dengan hook kren itu sendiri. Itu yang aku dapat nampak setelah aku zoom mata sebanyak kali yang mungkin. Wajarkah?? Aku masih ada banyak soalan yang tak terjawab ni.

Friday, September 19, 2008

Aku terus memerhati dan berfikir

Aku memberi salam selepas solat jumaat.
Kemudian aku membetulkan duduk untuk sesi mengaminkan doa.
Ramai orang terus keluar dari masjid selesai Tok Imam memberi salam.
Dalam keramaian itu aku ternampak seorang budak bangkit dari tempat duduknya.
Aku agak mungkin budak sekolah rendah; belum sampai belasan tahun rasanya.

Dia menghampiri kotak bertulis DERMA dan berhenti seketika.
Poket baju melayunya diseluk dan dia mengeluarkan sesuatu.
Aku dapat lihat dengan jelas sekeping not bewarna merah. Ya, RM10.
Dia membelek2 duit kertas yang sekeping itu.
Dimukanya jelas terpampar senyuman tatkala ia memegang wang kertas itu.
Lalu disuakan wang kertas itu kemukanya.
---Aku terus memerhati dan berfikir---
Dan selepas itu cepat2 dia melipat wang kertas itu dan menghulurkan ke dalam kotak derma.
Kemudian dia menolak-nolak duit tersebut agar ia jatuh ke dalam kotak dan tidak terlekat di lubang tempat memasukkan wang derma.
Tidak cukup dengan itu, dia meniup2 melalui lubang itu.
Seketika kemudian, mungkin dia sudah yakin bahawa duit tersebut sampai ke destinasi; dia senyum seorang diri dan berlalu pergi.

Aku terus memikirkannya
"Apa yang difikirkan oleh budak tersebut sepanjang perenggan di atas? Kenapa dia senyum sendiri?" Aku tertanya dalam hati. Sampai terlupa menadah tangan semasa Tok Imam berdoa.

Semasa aku masih budak, RM10 jarang dipegang, apatah lagi disumbat ke dalam peti DERMA.
Sekarang pun dah lama rasanya tak keluar duit berbuat kebajikan. Mungkin budak tu "tahu" sesuatu yang aku tak tahu...

Kenapa orang tak percayakan aku?

Aku tengah layan lagu raya. Beberapa "slide" sedang bermain dalam kepala.




Balik kampung


Kampung Getang rocks!


Mandi sungai.. yeah. Tapi sekarang tak tahu bagaimana nasib sungai ni. Ada penyangak alam sekitar. Untuk pembangunan? Sedihh..


Musimnya sudah tiba


Kalau dalam filem Rambo, inilah M60. Tapi di dunia sebenar ia tetap wow! Dah lama ia tak berasap...


Dan inilah hasilnya. Percaya?

Tuesday, September 16, 2008

Lebih - lebih

Kelmarin dan sebelumnya:

Kereta sape ada kosong? Nak isi satu lagi ni.. (diulang beberapa kali kepada beberapa orang).
X ada jawapan yang menarik perhatian langsung.. Semua jawapan panjang lebar menerangkan nama sorang - sorang penumpang yang sudah memenuhi kargo. Nama orang sekarang panjang - panjang ye..

Aku nak balik kampung. Raya nanti. Tapi tiket bas dah habis. Aku terlewat tiba beberapa jam sahaja ke Melaka Sentral pada hari tiket dijual. Tak sempat. Sampai ke hari ni buntu.


Hari ini dan selepasnya:

Aku dapat tiket bas Utem, Melaka - Terengganu. Tiket KT - Melaka pun dah dapat la.. Haha. Boleh balik raya dengan aman.
Tapi aku terima SMS dari member aku. Katanya..
"Weh, tiket bas mari Melaka aku beli doh. 2 keping. Mung se aku se."


Ah. Dah terlebih pulak tiket kembali ke Melaka.
Jadi sekarang aku kena cari orang yang nak beli tiket ni..
Jadi salesman lagi..

Telah diedit- Kritikan Mat Piah telah mengubah isi kandungan post ini. Cencored katanya. Terima kasih untuk teguran anda.

Monday, September 15, 2008

Tak Boleh

Hari isnin aku pasti aku sentiasa memikirkan benda ini. Tak boleh. Kenapaaa??

Saturday, September 13, 2008

I beg to differ

Obsession : " a continuous fixed idea that mind cannot be freed "

People around us are very quickly come to decide.
They speak very fluent. But what? Thin air.

Different. Weird. Nonsense. Lame. Everything they said.
For anything unexplainable, or questionable. This explains a lot..
A life to live. A choice to make.




THE ROAD NOT TAKEN


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth; 5


Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same, 10


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back. 15


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 20



Robert Frost (1874–1963). Mountain Interval. 1920.

Friday, September 12, 2008

Benda terbang dan muntah. Apa kaitannya??

AMARAN: Isi kandungan adalah PELIK, JIJIK dan MEMBOSANKAN!


Tadi..
Aku pergi ke kelas naik motor seorang diri. Budak rumah yang lain mengambil cuti tahunan. Kata mereka banyak lagi cuti yg belum digunakan. Aku mungkin dah kehabisan cuti. Pergi jugak kekelas. Aku suka Digital Signal Processing walaupun test baru2 ni aku jawab teramat sikit. Dan aku tertanya2 siapakah Doraemon kerana aku agak pasti menjadi Nobita; kosong.. Ketika aku mengenang akan test ku yang malang ni lah sesuatu terjadi seperti diterangkan dalam perenggan di bawah...

Aku di tengah2 perjalanan la masa tu. Jalan lengang, hampir tiada kenderaan. Betul kata syahir, hari ni panas, sbb tu dia x ke kelas. Melihatkan jalan yang kosong, aku rasa selamat. Rasa macam jalan tu aku yang punya. Aku pun layan la melayari perjalanan yang tak berapa jauh ke kampus UtEM Durian Tunggal. Sorang diri. Rilek la.. NO RUSH walaupun dah pukul tiga lebih (klas pukul 3). Aku layan lagi rasa selamat tu. Rileks..


Perenggan di bawah berlaku dalam masa beberapa milisaat sahaja

Pemandangan menarik, angin sepoi2 bahasa, awan berterbangan, dan ada seekor binatang terbang (mungkin pepatung) terbang hendak melintasi jalan merentangi aku. Aku tak hon la sebab ia kecik je.. Lagipun bukan ia faham. Beberapa milisaat kemudian, aku terkejut. Aku dapati cebisan sel2 berdarah + berlendir di tangan aku. Aku berfikir selama beberapa milisaat lagi. Ah. Aku rasa sesuatu di muka (antara bibir dengan hidung). Brengsek!! Binatang terbang tadi terhempas di hidung aku. Jijik. Terhempas dan terkeluar sel2nya. Helmet + visor tidak dapat menghalang hempasan tersebut. Kena jugak.. Nk termuntah aku. #%$%

Oleh kerana tak boleh terima apa yang berlaku, aku hilang kawalan, hampir tereksiden. Hampir2 aku terbabas dan terlanggar pembahagi jalan. Nasib baik x ada kenderaan. Habis hilang rasa selamat. Malapetaka yang pelik + jijik. Kenapa aku menjadi mangsa??
Aku pasti ia bukan kerana kecuaian aku. Aku pakai helmet. Aku bawak moto slow je. Tapi ia kemungkinan (probability). Mungkin P = 0.00000000001 tapi kena jugak nk buat camane..

Moral:

Jangan rasa selamat sangat.
Jangan melintas jalan seperti benda terbang tersebut.
Hapuskan benda terbang!!! .-*/+*^#%$%$%

Kalaulah aku tekan hon sebelum melanggar ia, mungkinkah perkara ini terjadi??

Sunday, September 7, 2008

it's a plastic season

anda puasa?
berbuka di mana?
di rumah @ di kedai?
di rumah?
masak sndri ke beli kt bazar?
bazar kan?
byk beli?
kalau tak banyak pun mesti macam2 jenis kan?

Penuh dengan tanda tanya. Tapi ia pasti memberi makna..
Bulan Ramadhan memang ramai orang berniaga di bazar. Kedai2 makan pun makin ramai pelanggan pada waktu petang. Bagus. Tambah pendapatan.

Ramai pembeli + ramai penjaja. Subjeknya; banyak sekali kuih-muih @ makanan @ minuman. Anda pasti akan membeli sebahagian darinya dan membawa pulang ke rumah. Dan sudah tentu anda tidak akan membawa bakul atau bekas untuk mengisi pembelian tersebut.

Mungkin anda sudah tahu + faham apa yang ingin diperkatakan di sini. Rujuk tajuk post ini...
Belum? Baiklah, teruskan membaca.

Anda pasti menerima pembelian tersebut bersama satu beg plastik untuk memudahkan anda membawanya. Kalau beli banyak, mungkin dua tiga helai beg plastik. Musim ini banyak beg plastik akan/telah digunakan. Bagaimanakah nasib 'mereka' selepas waktu berbuka? Seorang mungkin membuang beberapa beg plastik. Satu rumah mungkin banyak. Darab dengan 30 hari. Mampus.

Aku tertanya-tanya...

Makin tinggikah bukit sampah dekat jalan nk ke Stadium Hang Jebat (Melaka) tu?
Makin banyakkah penyu mati tercekik plastik?

Apa nk buat ye...

Thursday, September 4, 2008

pangkat besar + 3 chevrons

Aku sedikit keliru.. kalau bulan puasa, setan2 semua dh kena gari kan.. x boleh mengganggu manusia..
Hmm.. Tapi aku pernah terdengar discussion oleh seorang Ustaz (x ingat nama) bahawa yang digari adalah Syaitan2 yang berpangkat besar + 3 chevrons. Maka syaitan2 prebet masih berleluasa?


Aku ingin bercakap dalam bahasa grafik.

Keadaan kritikal. Minta bantuan.


Aku tidur awal mlm td. Belum pukul 12. Aku dh bosan berjaga malam dan x dpt tidur siang harinya sebab kena pergi kelas. Dlm keadaan mengantuk, mesti kelas hasilnya mcm naik Bas Tuah ke MC dan balik semula ke sini. ZERO. Aku x faham kenapa aku menggunakan analogi Bas Tuah. Tapi x kisah lah, asalkan maksudnya sampai. Jadi, aku tidur awal la tadi..

Namun nasib kurang baik, 5.28 baru terjaga. Itupun sebab Syahir BELEBER sebab katanya alarm dari handset aku dh beberapa kali berteriak memanggil, mengharapkan perhatian tuannya. Eh, ye ke? X perasan punn.. Jawab aku walaupun handset itu lokasinya beberapa sentimeter sahaja dari telinga. Tp memang aku x sedar. Syaitan tutup telinga aku kot.

Ahh.. Lambat. Nk keluar makan x sempat dah. Sahur apa yang ada jer la.. Sambil makan td, aku terfikir kenapa aku susah sangat nk bangun tido walaupun aku dh tidor awal.

Lepas sahur, aku memulakan hari ini dengan memegang buku + beberapa helai kertas. Baru pegang... belum buka lagi tuu. Niatnya nk study sebab nnt ada bengkel + kuiz + test. Uuuuu.. Cobaan.

Namun apa yang berlaku? Tengok waktu aku post ni... Yeah. Aku tewas dengan dugaan untuk study. Setelah aku menghampiri komputer, aku terus tertarik bagaikan ada medan magnet. Aku rasa rajin nk menaip. Tapi kenapa aku malas study?

Aku rasakan syaitan yang aku bela sejak awal tahun satu (@ mungkin sejak sem2 matrik) dh menjadi terlalu akrab. Sukar nk menjauhkannya. Ia adalah syaitan division Malas. Mungkin ia sudah mendapat pingat emas olimpik ataupun dh naik pangkat sebab dh hampir empat tahun ia berjaya melemahkan aku.

Apa nk buat?? Dan satu lagi aku tak puas hati dengan Blog ini yang telah menghabiskan masa study aku.