Wednesday, April 15, 2009

If u know what i mean

I dont like to pollute my own language with $^@$#ing stuffs
So, i use English

I have a confession to make
I have the worst period here in this University
I have this terrible feelings of me
After the end of four year wasted-out period

I started not so modest
And i thought i can move it to upper level
I was in many times paused and have some thought of how-not-right the path i was
But all that were no more than a bunch of thoughts
"What a thought with no action"
I don't move it, so here i am, rotten

But then i found a picture of this in my old folder



I snapped that
I admit


I came to realize
EVEN SHIT GOT ITS GOODNESS, it can grow some grass on it
So, whatever shit i am, i think i can grow some grass too
& i'm looking for it from now on


What a motivation =)
Thanks to the bullshit

Hopefully this is the worst post of this blog
When i grow up, i'll write something better

Sunday, March 22, 2009

Tired of Nescafe

Sekarang bulan 3. Dah nak habis pon. Bulan 4 bakal menjelma bersama tarikh2 akhir. Tu yang aku takut. Jadi hujung minggu pun dah macam "hari sekolah". Malam2 berjaga sampai pagi, dengan azam menghabiskan seratus helai kertas kosong yang aku beli awal semester lepas. Peh. Sampai sekarang tak habis lagi..

Untuk membantu aku menyelesaikan misi ni, aku buat2 rajin. Dengan bantuan Nescafe aku berjaga, buat kerja sampai subuh. Tapi 2 - 3 helai je kertas luak. Banyak lagi kertas kosong tu..

Dan, baru sekejap tadi aku teringat, rupanya ada benda penting. Repot! Arrr. Esok kena hantar. Long Report tu.. 20 -30 helai jugak nk kena buat. Jadi aku pun geledah seluruh kawasan bilik aku. Di sebalik kertas surat khabar, cebisan2 wayar dan sarang labah-labah; semua aku belek. Aku cari dimana hilangnya kertas catatan masa aku buat lab tu 2 minggu lepas. Puas mencari, aku tak jumpa.

Aku dah bosan mencari. Putus asa. Aku nk keluar bilik, aku gerakkan pintu. Plupp. Ada benda terbalik. Arr. Cawan. Dalamnya ada lagi air Nescafe 'o' semalam. Hitam pekat 'kaw'. Jatuh pulak atas karpet dan meleleh ke atas kertas. Aku ambilk kertas tu dan aku rasa mcm kenal je..

BERITA BAIK: "Ni la result experimen aku."
BERITA BURUK:"Hampir keseluruhan kertas dibasahi Nescafe 'o'. Habisssssss."
Kertas dah hitam + basah lagi. Tulisan susah nak baca. Kena jemur dlu.
Sekarang aku tgh tunggu kertas tu kering sblm boleh start buat repot. Dan sekarang aku minum air kosong je..

Sunday, February 15, 2009

Alahai

Aku bosan ni. Tak ada apa yg menarik di sekeliling.
Aku nak tido, tapi rasa lain la persekitaran malam ini..
Biasanya ada skuardon nyamuk2 mengiringi pemergian aku ke alam mimpi, tapi malam ni sunyi je.. X leh tido la gini.
Biasanya aku tertidur sambil2 dalam ke'frust'an sebab menepuk nyamuk tapi tak kena.. Handal nyamuk bumi Hang Tuah ni..
Jadi aku pun buka Mozilla Firefox versi lama dlm komputer aku ni aku ni (x updated). Tapi lepas buka aku terpikir.. nak buka ape?? X de apa dalam kepala. Kosong.

Jadi aku pun tulis la blog.. ambik post untuk bulan ni..

Pengkalan Balak
Family Day BENT - minggu lepas

1. Ssumbak idung
Nama tempat ni memang berada dalam kepala aku sampai sekarang sebab disitulah aku mendapat [ demam + sakit tekak + ssumbat idung ] yang panjang. Sebabnya, aku tido berlantaikan "kembes" (canvas) beratapkan langit + berdindingkan angin bayu untuk 2 malam straight. Khemah ada tapi aku berdegil. Natural bed. Peh. Time tu sedap la tido. Tapi balik je, x sedap..

2.Ngail
Di situ jugak aku memancing, tapi sakit ati je sebab ikan buntal yg makan. Ikan lain taraa.. Dah la bermasalah dari segi umpan. Hari pertama ok la guna udang TESCO. Hari kedua beli umpun2 yg dijual oleh brader tepi jalan. 5 ringgit melayang untuk seplastik pasir bercampur umpun2 bersaiz besar sikit je dari lubang jarum. Aku rasa teraniaya.. Dah la tak dapat ikan. Kalaulah wujud persatuan memancing Malaysia, akan ku buat repot pasal brader jual umpan tu.

3.Kerepek
Malaysia memang terkenal dengan kekayaan hasil bumi. Industri hasil tani juga berkembang pesat dengan aplikasi teknologi baru dan kegiatan peniagaan yang berkembang maju menuju Wawasan 2020.

Ceh.. Berdasarkan tajuk di atas, kalau orang yang ikut sekali masa family day BENT aritu baca mesti boleh agak aku nak cerita pasal apa. Beli lah dikk. tolon aye..
Ada sorang Makcik tu berjalan kaki jual kerepek kepada pengunjung2 pantai dengan cara 99% paksaan (mendesak).
Kami senyum dan kata "xpe lah makcik.. Kami dak kenyang.." X berhasil. Dia terus mendesak..
Kami kata "makcik, kami dah bawak bekal". Dia kata "bekal tu lain cerita, ni kerepek.. Beli la satu.."
Tapi sebungkus kerepek berharga RM3 dibeli jugak la. Mula2 xtau. Tapi lepas tu beberapa kali kami diserang oleh makcik tu.. Mintak maaf ye Makcik, saya mengumpat pasal makcik kat sini..
Kalau dilihat dari sudut sentimental, memang kesian la. Beli je la satu..
Tapi kalau dari sudut logik, harga RM3 untuk sebungkus kerepek bersaiz besar sikit dari plastik megi, x sesuai.. Macam harga aiskrim kat padang pasir.
Dari sudut lain pulak (xtau sudut apa), terlalu mendesak pelanggan.. x boleh la macam tu.. Kalau lecturer technopreneur ada masa tu kan bagus.. mesti kena lecture ar makcik tu. strategi.. bla bla.. pemasaran.. francais.. bla. bla..



Tapi apa pun memang best Pengkalan Balak + BENT.

Wednesday, January 21, 2009

Kami bukan nelayan. Kami cuma bosan..

Hujung minggu memang bosan. Tapi aku ada cara untuk menghilangkannya. Alhamdulillah. Nasib baik bumi bertuah Malaysia masih banyak kekosongan dan kebebasan. Kalau di Palestin jangan harap.. Kesian mereka. Israel pandai luarannya tapi bodoh di dalam.

Dari Muar catch and release ke Muara Sungai Melaka.
Muar catch and release trip memang agak panjang dan memenatkan mata + menebalkan muka. Tebal muka sebab di dalam kelompok orang beriadah dan melepak di waktu malam bersama keluarga di taman yang agak indah di tepi muara sungai Muar, muncullah beberapa orang membawa joran dan mengail la di situ.. Budak2 berkejaran bermain sambil ibu bapa mereka bersantai. Memang agak kurang sesuai untuk aktiviti menjoran tapi dah nak sangat, mane2 pun boleh. Atas jambatan jadi port kedua. Hasilnya anak2 ikan yang masih belum baligh. Tu sebabnya ia jadi trip catch and release. Tak sampai hati nak ambik. Kecik sangat ikan.

Muara Sungai Melaka boleh tahan la. Tapi sebab tak menghafal waktu air pasang surut, trip terpaksa dilencongkan dengan sedikit jalan2. Hasilnya seekor saja, di-release dalam kuali. Sedap, walaupun dimasak secara minimal (letak garam je, x ada perasa).

Walaupun dah semester terakhir di Melaka ni, masih belum terlambat bagi aku untuk membawa hobi di kampung ke sini.. Ada hasil boleh la cakap, kalau hari tak dapat ikan, balik senyap je ar..

Monday, December 29, 2008

Bumi Yang Tak Pernah Kering


Sedang molek waktu aku menjejakkan kaki ke kampung halaman, langit kelabu dan berbau sedikit hitam; bergerak laju menutupi pandangan ke atas. Air hujan mencurah curah dan aku difahamkan ia adalah gelombang ketiga untuk sesi 2008. Aku memang ingat; hujan memang lebat. Sebabanya sepanjang perjalanan dari stesen bas, aku berhadapan dengan cermin yang kabur; air-con kereta rosak + prestasi viper kurang memberangsangkan.

Musim begini hujan memang mengujakan bagi orang yang tidak ada tanggungjawab seperti aku. Bagi orang berkeluarga; ada anak anak dan bini dan kediaman di tempat rendah memang susah hati; takut banjir. Bagi aku banjir satu bonus akhir tahun. Bonus untuk santapan jiwa.

Sampai di rumah, aku tidak terus tidur seperti biasa aku buat. Aku terus bersiap sedia menghadapi banjir. Bukan menyelamatkan harta benda, tetapi mempersiapkan peralatan mengharungi banjir.

Lepas subuh (kadang2 gajah), ia bermula. 20 minit menaiki kereta melalui jalan yang kadang lurus kadang berliku2. Tapi memang aku tabik kereta toyota corolla buruk tu. Memang memenuhi keperluan untuk benda2 sebegini. Kadang2 berhenti sekejap, beli nasi pulut gaul nyor. Memang sedap makan waktu hujan begitu. Tiba di lokasi, jalan tanah merah diselangi dengan denai 2 yang menghidangkan duri2 semalu diharungi. Lebih kurang 15 minit menapak. Selipar jepun memang tidak mengecewakan. Ia tahan lasak. Aku ada buktinya. Selipar berjenama yang aku pakai dulu putus dek penangan jalan berselut. Terpaksa aku mengharungi duri semalu. Selipar jepun tahun lepas pun masih 'tough'.



Lokasinya adalah kebun kelapa sawit bersebelahan hulu Sungai Nerus di Terengganu. Air sungai yang melimpah ke kebun kelapa sawit membawa bersama penghuni air yang aktif di musim hujan begini; Ikan. Air yang diharungi kadang2 paras lutut, kadang2 paras dada dan kadang2 terpaksa berjalan sebelah kaki ( berenang + berjalan = berelan??) kerana air hampir paras hidung. Pukat dilabuhkan di lapang yang belum diisi.



Petang pula selepas asar, ia bermula sekali lagi. Perjalanan sama ditempuhi. Dan sudah pasti bekas dibawa untuk mengisi hasil tangkapan. Memang banyak ikan yang diperolehi. Ada banyak kumpulan orang yang ke tempat tersebut untuk tujuan sama. Tapi tempat itu memang luas untuk menampung mereka dan rasanya hasilnya tidak mengecewakan sesiapa. Ikan bersaiz sederhana (panjang sejengkal hingga 3 jengkal) memang biasa diperolehi. Ada juga spesis yang tak diperlukan seperti ular; masalah sikit la.


Ikan2 dipilih untuk santapan. Tambahan pula musim cuti sekolah, anak sedara aku memang memenuhi ruang lantai rumah. Ikan tak payah beli kalau musim begini. Tapi beras banyak la habis sebab musim hujan tau la sorang2 melantak camane.. Seingat aku, paling banyak hasil adalah satu pagi tu: lebih kuirang 27 kg ikan darat. Banyak tu. Kalau buat jamuan sekampung pun tak habis. Sedikit ikan diambil, yang lain2 tu dijual. Jual pulak murah2 je. Memang biasanya habis. Hasil jualan tu pulak bukannya buat apa, isi minyak. Kadang2 aku geram tengok duit banyak, aku beli megi. Hahaha. Memang best layan megi di musim hujan.



Season ni, selama 2 minggu, memang itu lah rutin pagi dan petang. Bukan tujuan asal untuk berniaga, tapi ia sampingan sahaja. Boleh ar rasa kerja orang kampung. Kalau betul2 nak cari duit, baik aku kerja je. Tujuan asal nak merasai keseronokan + adventure jugak. Kosnya berjaya ditampung oleh hasil jualan ikan. Memang tahap 'total immersion'. Langsung aku lupa teori + rumus2 engineering. Haha. Di samping itu, ada la jugak aktiviti daripada melepak kat rumah. Seingat aku, ia season 6 episod 2. Sudah agak lama (lebih 6 tahun) aku berkecimpung dalam bidang ini setiap kali tiba bulan Disember. Tu sebab aku suka bulan Disember.

Lepas 'bah' pula, sungai di kampung aku yang jaraknya tak sampai satu kilometer menjadi pilihan. Bila air kembali normal, ikan memang galak mencari makan. Pelbagai cara menangkap ikan diaplikasikan. Hasil macam biasa, tidak mengecewakan.





Tapi kali ni air bah tak besar sangat. Jadi tempohnya tak lama sangat. Kampung aku memang bernasib baik setiap kali bah, rumah2 tak ditenggelami air. Hujan yang mencurah2 kadang membawa kesusahan untuk sesetengah orang, tapi 'in this case' ia membawa rezeki. Air bah yang banyak tu akan kering juga (keadaan dah kembali normal pun waktu aku menulis ni) , tapi aku percaya bumi ini tak akan pernah kering dari rezeki.

Saturday, November 22, 2008

Dunia ... Layang

Post ini adalah imbasan peristiwa. Dan ada "anasir" yang perlu dikeluarkan darinya umpama menyucuk keluar sembilu dari jari. Kredit to Karam Singh Walia untuk peribahasa ini.

Peristiwa ini berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung. Terengganu. Zoom sikit lagi, pusat bandar Kuala Terengganu. Stesyen bas MPKT. Zaman tu, 90-ah. Waktu tu aku baru mula nak mengenal dunia. Yeah. Tapi sampai sekarang pun aku x kenal dunia.

Aku sedang duduk di dalam bas. Tunggu bas bergerak. Nak balik ke rumah lepas ikut kakak aku pergi ke mana entah. Aku tak ingat. Bas waktu tu memang old skool. Bergegar2. Penumpang agak ramai. Tapi drebar masih layan Teh 'O' Peng, mungkin.

Zaman tu ramai orang mintak sedekah dari bas ke bas. Memang setiap kali naik bas dan tunggu bas bergerak, memang ada orang mintak sedekah. Tapi aku tak sedekah sebab mane ada duit. Satu lagi yang biasa, orang gila. Memang ramai orang gila zaman itu. Stesen bas pulak jadi pusat aktiviti orang gila. Tapi aku tak anti orang gila, sebab mereka pun orang juga..

Orang gila pun tak jauh ketinggalan dengan orang mintak sedekah. Kalau orang mintak sedekah berhijrah dari satu bas ke bas yang lain, orang gila pun sama. Tapi aku kurang faham tujuannya. Mereka (orang gila) hanya menyebarkan propaganda dalam bentuk ceramah. Tanpa bayaran.

Salah seorang daripada rekrut mereka masuk ke bas yang aku duduki. Drebar tak ada, jadi senanglah kerjanya. Dia berdiri tegak bagai presiden dan bercakap baris demi baris. (Sela masa antara percakapan biasanya untuk memberi ruang berfikir kepada pendengar). Pom pam pom pam. Aku di belakang kurang jelas akan hebahannya.

Aku terfikir untuk fokus sedikit. Aku dengar dan aku kagum dengan orang gila. Ya, KAGUM. Memang sukar untuk menilai, sebab isi yang bernas ada diantara lawak bodoh dan perbualan kosong orang gila. Aku terfikir: Kenapa dia gila?

Sedikit ayat orang gila yang aku sempat copy :

Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang- Layang sama dengan DUNHILL.

Peh. Kreatif. Satu lagi..

Perempuan Untuk Melahirkan Anak sama dengan PUMA.

*** Aku tak menyokong ideologi tersebut mahupun membangkang. Cuma mengimbas kembali. ***

Itulah kerja mereka. Memberi ceramah bercampur antara yang boleh pakai dan yang tak boleh pakai. Ideologi mereka, mungkin. Mereka naik bas dan turun bas, dari satu ke satu yang lain. Bukannya nk minta sedekah. Untuk apa?



Subpost: Stesyen Bas MPKT Kuala Terengganu

Perenggan ini ke bawah tiada kaitan dengan orang gila. Atau mungkin ada sedikit..

Di stesyen bas itu juga. Budak2 yang berusia lebih sedikit dari aku (pada waktu itu) melepak di tangga stesyen bas. Pakaian macam rock star zaman 80-an. Aku perasan mereka meminum air botol dan merokok di tangga. Perbualan mereka agak bising.
Aku duduk menunggu bas, nk ke sekolah. Tiba2 asap muncul di sekitar tempan budak2 tadi lepak. mereka kalut. Tapi mereka perasan asap tersebut berpunca dari segerombolan kabel yang dipasang pada cable tray di sebelah tangga. Aku tak tahu kabel apa. Mungkin kabel elektrik. Dan berasap sebab litar pintas.
Salah seorang dari mereka bertindak pantas selepas menjumpai punca asap tersebut. Mungkin mahu memadamkan kebakaran. Air dari botol air dicurahkan ke cable tray. Puff. Asap makin banyak dan mereka makin kalut; berlari ke tempat lain. Pak guard bising2, "Bodo nggoh. Wayar api tu.." katanya.

Kesimpulannya:Niat betul tapi cara salah!

Thursday, November 20, 2008

Ragu ragu sama dengan celaru

Sekarang ia berada dalam genggaman separuh bahu kanan dan pergelangan tangan kiri aku. Dah tersangat lama aku meninggalkannya. Baru sekarang menjenguknya. Dh berbungkus berbulan2. Dicemari karat.

Sebabnya adalah ragu-ragu. Aku ragu dengan quality time yang diluangkan untuk muzik. Kononnya ia menyulitkan tahun akhir ku. Kononnya aku mengetepikan segala benda lain selain dari melayari tahun akhir. Cis.. Aku selesa memegang benda ini. Tapi aku menahan kemahuan itu. Dan sekarang habislah masa berpantang. Hasilnya aku boleh agak. Bullshit.

Memang tak bebaloi. Ia sekadar konon. Sekarang aku membina pendirian baru. Aku akan buat apa yang aku suka. Dan pergi mampus "ragu-ragu".



Strap = belt yg diguna untuk menggantung gitar ke badan


Dan oleh kerana lamanya aku tak kisah, banyak benda yang hilang. Hilang seri, hilang feel.. Satu benda fizikal yang hilang adalah strap gitar aku.. Mane eh? Serius x jumpa cari.. Tu je point utama sebenarnya. Aku tak tahu nak tanya sape, jadi aku umumkan.

Friday, November 14, 2008

Operasi Sulit


Zaman semakin mencabar. Operasi pula semakin sulit. Kebelakangan ini aku banyak melihat perkataan ini. Masa menjawab peperiksaan. Disudut atas kanan memang ada. Ditambah pula dengan soalan2 yang betul2 sulit. Memang sulit nak menjawabnya.

Setiap kali aku mula menjawab, memang perkataan ini selalu mengganggu konsentrasi. Memang sulit. Sulit; salah satu maknanya sukar. Memang penulis kertas soalan tersebut memaksudkan sulit = 'secret'. Tapi aku tetap mentafsirkannya sebagai sukar.

Agak sulit aku nak menerima slip keputusan nanti.
Dan masa depan pasti lebih sulit.

Aku perlu mencari penyelesaian; OPERASI SULIT.

Thursday, November 6, 2008

Harga

Dh lepas 1st paper DSP: aku hanya mampu BUAT BUAT tersenyum. Byk lagi yg kena aku hadapi. Aku sedar "berapa banyak pokok getah yang aku dah toreh". Dan aku terima "berapa ringgit pun yang Tokey bagi". Berat, berat.. Tapi, serius, aku tak rasa macam jawab periksa pun.. Rasa macam sesuatu kriteria tak cukup untuk dipanggil "PEPERIKSAAN". X tahu..

Seseorang pernah berkata: "Malas belajar balik nnoreh getah ar.. Getah mahal skrg ni."

Memang harga getah mahal. Kalau menoreh setahun dh kaya. Tp kenapa org kampung yg kerjanya menoreh tak kaya kaya jugak? Hmm.. Itu sebab tak cukup ilmu. Ye. Duit banyak tapi tak kaya.. Kena pikir sikit..

Ilmu lagi mahal dari getah la. Belajar setahun dah banyak. Kalau 4 tahun lagi laa. Walaupun sekadar division Second Class Lower seperti aku, aku rasa bebaloi. Katakanlah, aku dapat 25% dari semua yg aku belajar selama 4 tahun ( tu dh tolak ponteng + copy paste + ingat masa exam lps tu lupa). Bebaloi. Selamat tinggal pokok getah.. Tapi, kalau lps abis belajar xde kerja, menoreh getah jugak rasanya..


Wednesday, October 29, 2008

Tak ada apa apa

Kebelakangan ini, banyak kertas kosong yang perlu diisi. Dan banyak masa yang digunakan. Lain la rasanya.. Macam janggal. Tapi banyak yang berlaku. Banyak yang aku tak tahu ia wujud. Tekanan sedikit dirasai. Tapi sikit je. Tak ada barang2 yang pecah di sini.

Jadual yang penuh.

Ia lebih baik dari masa kosong. Masa kosong, tak ada apa apa untuk dibuat, dan tak ada apa apa hasil. Tidak ada tempat untuk dituju. Memang ia sukar untuk digambarkan. Sebab ia = tak ada apa apa.

Thursday, October 23, 2008

Sekarang musim hujan

OCT 22 : "Tahniah! Anda terpilih. Esok 2 ptg, dekat fakulti."

OCT 23 : "Minggu depan! Sila bersedia."

Kenapa aku?? Dalam ramai2 orang aku jugak yang kena. Dah la sekarang musim hujan. Aku tak biasa menghadapi musim hujan begini sebab aku bukan kental sangat.

Sekarang musim hujan? Hujan imaginary.. Aku bayangkannya sebagai hujan dan kadang2 ribut. Bukan nak mengeluh, cuma menerangkan keadaan sebenar. Aku tak suka mengeluh lagi2 pasal pelajaran. Susah, payah? Dah tau susah kenapa belajar? Duduk je la. X payah berdiri, x payah berlari.. Orang belajar letih otak, orang bekerja letih badan. Orang duduk saja x ada apa2.. Tu sebab aku masuk UTem. Nak belajar. Tapi keadaan sebenar sedikit menjengkelkan. Terpesong sedikit tapi masih belum terkeluar ke longkang. Nasib baik. Susah pun layan je..

Aku ter'muhasabah' diri kerana aku terpilih. Bukan berita gembira. Akreditasi, Board of Engineer of Malaysia, kalau tak silap. Temuduga. Dan aku yang terpilih. Bersama 14 orang lagi. Aku dah ditemubual oleh pihak yang sama hampir dua tahun dahulu. Aku dibasuh oleh Prof. tersebut. Kali ni aku terpilih lagi. Tapi MUNGKIN tak semua yang kena antara 15 orang tu. Mungkin 3-4 orang je yang kena. Aku tak mahu terpilih lagi. Dibasuh lagi?? Perghh. Pedih.

Aku tak sabar menunggu minggu depan. Mungkinkah aku terpilih?

1 - Aku dah ditemubual dua tahun lepas
2 - Aku terpilih lagi kali ni tapi x konfem ditemubual @ tak
3 - Minggu depan, kalau aku terpilih antara 15 org tu, aku akan:



Masuk cabutan bertuah. Mesti kena punya..

Tuesday, October 7, 2008

Masa rukuk lain sikit

Orang dah ramai ke masjid.
Aku masih di rumah.

Lepas bersiap, pakai baju melau sepasang + songkok,
Aku pergi masjid dan aku dapati banyak muka2 familiar.

Orang dah nak mula solat hari raya.
Tapi aku baru menaiki tangga.

Cepat2 mencari posisi,
dan tegak berdiri.

Sebelah aku, budak2 kecik sahaja
sebab aku lambat sangat

Solat macam biasa
macam tok imam tunjuk ajar

masa rukuk; aku lain sikit
aku tunduk dan terasa angin sepoi-sepoi bahasa membelai rambut aku
dan serentak dengan itu aku dengar gelak ketawa tanpa cover budak-budak kecil yang berpura2 sembahyang hari raya itu
tapi nasib baik mereka budak kecil
belum mumayyiz

budak 1: "hahaha.. songkok jatuh"

budak 2: "siap ada tanda harga agi.. GIANT. RM10."

budak 3, 4 dan 5 : "hahahhaaa"

Ya. malam raya baru aku beli songkok tu. Saiznya agak besar sedikit, longgar. Aku main ambik jer. Saje nak test pakai songkok raya. Tak sempat nk buang tanda harga.
Dan hilanglah khusyuk solat hari raya tahun ni..

Tahun depan pakai kopiah lembik je.

Friday, September 26, 2008

Nak raya jugak

Tugasan raya..
Sebenarnya banyak.

Projek sarjana Muda yang bakal menentukan masa depan.
Study pasal benda2 yang tak nampak (yeah.. pasal elektronik).
Assignment.
Test bakal menjelma.

Tapi. biarkan.
Aku nak raya sepenuh hati.

Dan lepas raya aku bakal mengalami zaman serabut. Aku dapat sedikit bayangan ni. Serabut dan sukar agaknya.
Nanti tengok apa yang jadi..

Aku nak balik kampung sekejap lagi. Nak raya dulu.

Wednesday, September 24, 2008

Minta tolong sikit

Sesuai @ tidak meminta pertolongan dengan anonumous??
X apa.

Aku ingin meminta tolong jasa baik sesiapa yang terbaca post ini.
Tolong aku..
Aku perlukan sangat pertolongan orang lain kerana aku tak mampu lakukannya sendiri. Tolong maafkan aku jika ada terbuat salah silap @ tersilap cakap yang menyinggung perasaan mana-pihak. Sempena menghayati bulan Ramadhan yang hampir habis, dan juga sempena Hari Raya.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Susah nak mengenalpasti kesalahan sendiri. Aku dari tadi memikirkan apa salah aku buat tahun ni.. Dengan siapa aku bersalah.. Jadi, jika aku ada buat salah. Maafkanlah. Mohon.. Dan bagi sesiapa yang tak puas hati. Luahkanlah. Anda boleh post comment sebagai anonymous; luahkan apa anda tak puas hati. Semoga lepas ni tak ada lagi.. Ikhlas ni..

Monday, September 22, 2008

Jalan bulan puasa

Aku melalui jalan di tepi bangunan berhampiran MITC. Bangunan tersebut sedang dibina dan pada masa tersebut ramai pekerja sedang bekerja. Cepat benar kemajuan pembinaan bangunan itu.. Kren - kren sedang giat digerakkan mengangkat bahan binaan. Diantara kren kren tersebut, mata aku terfokus pada kren yang paling besar iaitu Tower Crane yang dibina pada bangunan itu. Mungkin mengangkat sebuah lori kecil tidak menjadi masalah baginya.
Ia sedang bergerak. Nampaknya macam sedang mengangkat beban. Tapi aku tak nampak beban tersebut (ia terlindung oleh bangunan). Aku terasa ingin tahu. Aku pun terus memerhatikan kren tersebut walaupun aku terpaksa membahagikan masa melihat jalan. Maklumlah, sedang menunggang motosikal.
Kemudian aku ternampak beban yang diangkatnya:

Aku tak tahu apa nak rasa..
Rasa geli hati x kena..
Rasa marah x kena..
Rasa kecewa x kena..


Beban yang diangkatnya adalah sebungkus air + nasi bungkus dalam plastik kecil bewarna merah. 100kali lebih kecil berbanding dengan hook kren itu sendiri. Itu yang aku dapat nampak setelah aku zoom mata sebanyak kali yang mungkin. Wajarkah?? Aku masih ada banyak soalan yang tak terjawab ni.

Friday, September 19, 2008

Aku terus memerhati dan berfikir

Aku memberi salam selepas solat jumaat.
Kemudian aku membetulkan duduk untuk sesi mengaminkan doa.
Ramai orang terus keluar dari masjid selesai Tok Imam memberi salam.
Dalam keramaian itu aku ternampak seorang budak bangkit dari tempat duduknya.
Aku agak mungkin budak sekolah rendah; belum sampai belasan tahun rasanya.

Dia menghampiri kotak bertulis DERMA dan berhenti seketika.
Poket baju melayunya diseluk dan dia mengeluarkan sesuatu.
Aku dapat lihat dengan jelas sekeping not bewarna merah. Ya, RM10.
Dia membelek2 duit kertas yang sekeping itu.
Dimukanya jelas terpampar senyuman tatkala ia memegang wang kertas itu.
Lalu disuakan wang kertas itu kemukanya.
---Aku terus memerhati dan berfikir---
Dan selepas itu cepat2 dia melipat wang kertas itu dan menghulurkan ke dalam kotak derma.
Kemudian dia menolak-nolak duit tersebut agar ia jatuh ke dalam kotak dan tidak terlekat di lubang tempat memasukkan wang derma.
Tidak cukup dengan itu, dia meniup2 melalui lubang itu.
Seketika kemudian, mungkin dia sudah yakin bahawa duit tersebut sampai ke destinasi; dia senyum seorang diri dan berlalu pergi.

Aku terus memikirkannya
"Apa yang difikirkan oleh budak tersebut sepanjang perenggan di atas? Kenapa dia senyum sendiri?" Aku tertanya dalam hati. Sampai terlupa menadah tangan semasa Tok Imam berdoa.

Semasa aku masih budak, RM10 jarang dipegang, apatah lagi disumbat ke dalam peti DERMA.
Sekarang pun dah lama rasanya tak keluar duit berbuat kebajikan. Mungkin budak tu "tahu" sesuatu yang aku tak tahu...

Kenapa orang tak percayakan aku?

Aku tengah layan lagu raya. Beberapa "slide" sedang bermain dalam kepala.




Balik kampung


Kampung Getang rocks!


Mandi sungai.. yeah. Tapi sekarang tak tahu bagaimana nasib sungai ni. Ada penyangak alam sekitar. Untuk pembangunan? Sedihh..


Musimnya sudah tiba


Kalau dalam filem Rambo, inilah M60. Tapi di dunia sebenar ia tetap wow! Dah lama ia tak berasap...


Dan inilah hasilnya. Percaya?

Tuesday, September 16, 2008

Lebih - lebih

Kelmarin dan sebelumnya:

Kereta sape ada kosong? Nak isi satu lagi ni.. (diulang beberapa kali kepada beberapa orang).
X ada jawapan yang menarik perhatian langsung.. Semua jawapan panjang lebar menerangkan nama sorang - sorang penumpang yang sudah memenuhi kargo. Nama orang sekarang panjang - panjang ye..

Aku nak balik kampung. Raya nanti. Tapi tiket bas dah habis. Aku terlewat tiba beberapa jam sahaja ke Melaka Sentral pada hari tiket dijual. Tak sempat. Sampai ke hari ni buntu.


Hari ini dan selepasnya:

Aku dapat tiket bas Utem, Melaka - Terengganu. Tiket KT - Melaka pun dah dapat la.. Haha. Boleh balik raya dengan aman.
Tapi aku terima SMS dari member aku. Katanya..
"Weh, tiket bas mari Melaka aku beli doh. 2 keping. Mung se aku se."


Ah. Dah terlebih pulak tiket kembali ke Melaka.
Jadi sekarang aku kena cari orang yang nak beli tiket ni..
Jadi salesman lagi..

Telah diedit- Kritikan Mat Piah telah mengubah isi kandungan post ini. Cencored katanya. Terima kasih untuk teguran anda.

Monday, September 15, 2008

Tak Boleh

Hari isnin aku pasti aku sentiasa memikirkan benda ini. Tak boleh. Kenapaaa??

Saturday, September 13, 2008

I beg to differ

Obsession : " a continuous fixed idea that mind cannot be freed "

People around us are very quickly come to decide.
They speak very fluent. But what? Thin air.

Different. Weird. Nonsense. Lame. Everything they said.
For anything unexplainable, or questionable. This explains a lot..
A life to live. A choice to make.




THE ROAD NOT TAKEN


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth; 5


Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same, 10


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back. 15


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 20



Robert Frost (1874–1963). Mountain Interval. 1920.