Friday, November 14, 2008

Operasi Sulit


Zaman semakin mencabar. Operasi pula semakin sulit. Kebelakangan ini aku banyak melihat perkataan ini. Masa menjawab peperiksaan. Disudut atas kanan memang ada. Ditambah pula dengan soalan2 yang betul2 sulit. Memang sulit nak menjawabnya.

Setiap kali aku mula menjawab, memang perkataan ini selalu mengganggu konsentrasi. Memang sulit. Sulit; salah satu maknanya sukar. Memang penulis kertas soalan tersebut memaksudkan sulit = 'secret'. Tapi aku tetap mentafsirkannya sebagai sukar.

Agak sulit aku nak menerima slip keputusan nanti.
Dan masa depan pasti lebih sulit.

Aku perlu mencari penyelesaian; OPERASI SULIT.

Thursday, November 6, 2008

Harga

Dh lepas 1st paper DSP: aku hanya mampu BUAT BUAT tersenyum. Byk lagi yg kena aku hadapi. Aku sedar "berapa banyak pokok getah yang aku dah toreh". Dan aku terima "berapa ringgit pun yang Tokey bagi". Berat, berat.. Tapi, serius, aku tak rasa macam jawab periksa pun.. Rasa macam sesuatu kriteria tak cukup untuk dipanggil "PEPERIKSAAN". X tahu..

Seseorang pernah berkata: "Malas belajar balik nnoreh getah ar.. Getah mahal skrg ni."

Memang harga getah mahal. Kalau menoreh setahun dh kaya. Tp kenapa org kampung yg kerjanya menoreh tak kaya kaya jugak? Hmm.. Itu sebab tak cukup ilmu. Ye. Duit banyak tapi tak kaya.. Kena pikir sikit..

Ilmu lagi mahal dari getah la. Belajar setahun dah banyak. Kalau 4 tahun lagi laa. Walaupun sekadar division Second Class Lower seperti aku, aku rasa bebaloi. Katakanlah, aku dapat 25% dari semua yg aku belajar selama 4 tahun ( tu dh tolak ponteng + copy paste + ingat masa exam lps tu lupa). Bebaloi. Selamat tinggal pokok getah.. Tapi, kalau lps abis belajar xde kerja, menoreh getah jugak rasanya..


Wednesday, October 29, 2008

Tak ada apa apa

Kebelakangan ini, banyak kertas kosong yang perlu diisi. Dan banyak masa yang digunakan. Lain la rasanya.. Macam janggal. Tapi banyak yang berlaku. Banyak yang aku tak tahu ia wujud. Tekanan sedikit dirasai. Tapi sikit je. Tak ada barang2 yang pecah di sini.

Jadual yang penuh.

Ia lebih baik dari masa kosong. Masa kosong, tak ada apa apa untuk dibuat, dan tak ada apa apa hasil. Tidak ada tempat untuk dituju. Memang ia sukar untuk digambarkan. Sebab ia = tak ada apa apa.

Thursday, October 23, 2008

Sekarang musim hujan

OCT 22 : "Tahniah! Anda terpilih. Esok 2 ptg, dekat fakulti."

OCT 23 : "Minggu depan! Sila bersedia."

Kenapa aku?? Dalam ramai2 orang aku jugak yang kena. Dah la sekarang musim hujan. Aku tak biasa menghadapi musim hujan begini sebab aku bukan kental sangat.

Sekarang musim hujan? Hujan imaginary.. Aku bayangkannya sebagai hujan dan kadang2 ribut. Bukan nak mengeluh, cuma menerangkan keadaan sebenar. Aku tak suka mengeluh lagi2 pasal pelajaran. Susah, payah? Dah tau susah kenapa belajar? Duduk je la. X payah berdiri, x payah berlari.. Orang belajar letih otak, orang bekerja letih badan. Orang duduk saja x ada apa2.. Tu sebab aku masuk UTem. Nak belajar. Tapi keadaan sebenar sedikit menjengkelkan. Terpesong sedikit tapi masih belum terkeluar ke longkang. Nasib baik. Susah pun layan je..

Aku ter'muhasabah' diri kerana aku terpilih. Bukan berita gembira. Akreditasi, Board of Engineer of Malaysia, kalau tak silap. Temuduga. Dan aku yang terpilih. Bersama 14 orang lagi. Aku dah ditemubual oleh pihak yang sama hampir dua tahun dahulu. Aku dibasuh oleh Prof. tersebut. Kali ni aku terpilih lagi. Tapi MUNGKIN tak semua yang kena antara 15 orang tu. Mungkin 3-4 orang je yang kena. Aku tak mahu terpilih lagi. Dibasuh lagi?? Perghh. Pedih.

Aku tak sabar menunggu minggu depan. Mungkinkah aku terpilih?

1 - Aku dah ditemubual dua tahun lepas
2 - Aku terpilih lagi kali ni tapi x konfem ditemubual @ tak
3 - Minggu depan, kalau aku terpilih antara 15 org tu, aku akan:



Masuk cabutan bertuah. Mesti kena punya..

Tuesday, October 7, 2008

Masa rukuk lain sikit

Orang dah ramai ke masjid.
Aku masih di rumah.

Lepas bersiap, pakai baju melau sepasang + songkok,
Aku pergi masjid dan aku dapati banyak muka2 familiar.

Orang dah nak mula solat hari raya.
Tapi aku baru menaiki tangga.

Cepat2 mencari posisi,
dan tegak berdiri.

Sebelah aku, budak2 kecik sahaja
sebab aku lambat sangat

Solat macam biasa
macam tok imam tunjuk ajar

masa rukuk; aku lain sikit
aku tunduk dan terasa angin sepoi-sepoi bahasa membelai rambut aku
dan serentak dengan itu aku dengar gelak ketawa tanpa cover budak-budak kecil yang berpura2 sembahyang hari raya itu
tapi nasib baik mereka budak kecil
belum mumayyiz

budak 1: "hahaha.. songkok jatuh"

budak 2: "siap ada tanda harga agi.. GIANT. RM10."

budak 3, 4 dan 5 : "hahahhaaa"

Ya. malam raya baru aku beli songkok tu. Saiznya agak besar sedikit, longgar. Aku main ambik jer. Saje nak test pakai songkok raya. Tak sempat nk buang tanda harga.
Dan hilanglah khusyuk solat hari raya tahun ni..

Tahun depan pakai kopiah lembik je.

Friday, September 26, 2008

Nak raya jugak

Tugasan raya..
Sebenarnya banyak.

Projek sarjana Muda yang bakal menentukan masa depan.
Study pasal benda2 yang tak nampak (yeah.. pasal elektronik).
Assignment.
Test bakal menjelma.

Tapi. biarkan.
Aku nak raya sepenuh hati.

Dan lepas raya aku bakal mengalami zaman serabut. Aku dapat sedikit bayangan ni. Serabut dan sukar agaknya.
Nanti tengok apa yang jadi..

Aku nak balik kampung sekejap lagi. Nak raya dulu.

Wednesday, September 24, 2008

Minta tolong sikit

Sesuai @ tidak meminta pertolongan dengan anonumous??
X apa.

Aku ingin meminta tolong jasa baik sesiapa yang terbaca post ini.
Tolong aku..
Aku perlukan sangat pertolongan orang lain kerana aku tak mampu lakukannya sendiri. Tolong maafkan aku jika ada terbuat salah silap @ tersilap cakap yang menyinggung perasaan mana-pihak. Sempena menghayati bulan Ramadhan yang hampir habis, dan juga sempena Hari Raya.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Susah nak mengenalpasti kesalahan sendiri. Aku dari tadi memikirkan apa salah aku buat tahun ni.. Dengan siapa aku bersalah.. Jadi, jika aku ada buat salah. Maafkanlah. Mohon.. Dan bagi sesiapa yang tak puas hati. Luahkanlah. Anda boleh post comment sebagai anonymous; luahkan apa anda tak puas hati. Semoga lepas ni tak ada lagi.. Ikhlas ni..