Monday, December 29, 2008

Bumi Yang Tak Pernah Kering


Sedang molek waktu aku menjejakkan kaki ke kampung halaman, langit kelabu dan berbau sedikit hitam; bergerak laju menutupi pandangan ke atas. Air hujan mencurah curah dan aku difahamkan ia adalah gelombang ketiga untuk sesi 2008. Aku memang ingat; hujan memang lebat. Sebabanya sepanjang perjalanan dari stesen bas, aku berhadapan dengan cermin yang kabur; air-con kereta rosak + prestasi viper kurang memberangsangkan.

Musim begini hujan memang mengujakan bagi orang yang tidak ada tanggungjawab seperti aku. Bagi orang berkeluarga; ada anak anak dan bini dan kediaman di tempat rendah memang susah hati; takut banjir. Bagi aku banjir satu bonus akhir tahun. Bonus untuk santapan jiwa.

Sampai di rumah, aku tidak terus tidur seperti biasa aku buat. Aku terus bersiap sedia menghadapi banjir. Bukan menyelamatkan harta benda, tetapi mempersiapkan peralatan mengharungi banjir.

Lepas subuh (kadang2 gajah), ia bermula. 20 minit menaiki kereta melalui jalan yang kadang lurus kadang berliku2. Tapi memang aku tabik kereta toyota corolla buruk tu. Memang memenuhi keperluan untuk benda2 sebegini. Kadang2 berhenti sekejap, beli nasi pulut gaul nyor. Memang sedap makan waktu hujan begitu. Tiba di lokasi, jalan tanah merah diselangi dengan denai 2 yang menghidangkan duri2 semalu diharungi. Lebih kurang 15 minit menapak. Selipar jepun memang tidak mengecewakan. Ia tahan lasak. Aku ada buktinya. Selipar berjenama yang aku pakai dulu putus dek penangan jalan berselut. Terpaksa aku mengharungi duri semalu. Selipar jepun tahun lepas pun masih 'tough'.



Lokasinya adalah kebun kelapa sawit bersebelahan hulu Sungai Nerus di Terengganu. Air sungai yang melimpah ke kebun kelapa sawit membawa bersama penghuni air yang aktif di musim hujan begini; Ikan. Air yang diharungi kadang2 paras lutut, kadang2 paras dada dan kadang2 terpaksa berjalan sebelah kaki ( berenang + berjalan = berelan??) kerana air hampir paras hidung. Pukat dilabuhkan di lapang yang belum diisi.



Petang pula selepas asar, ia bermula sekali lagi. Perjalanan sama ditempuhi. Dan sudah pasti bekas dibawa untuk mengisi hasil tangkapan. Memang banyak ikan yang diperolehi. Ada banyak kumpulan orang yang ke tempat tersebut untuk tujuan sama. Tapi tempat itu memang luas untuk menampung mereka dan rasanya hasilnya tidak mengecewakan sesiapa. Ikan bersaiz sederhana (panjang sejengkal hingga 3 jengkal) memang biasa diperolehi. Ada juga spesis yang tak diperlukan seperti ular; masalah sikit la.


Ikan2 dipilih untuk santapan. Tambahan pula musim cuti sekolah, anak sedara aku memang memenuhi ruang lantai rumah. Ikan tak payah beli kalau musim begini. Tapi beras banyak la habis sebab musim hujan tau la sorang2 melantak camane.. Seingat aku, paling banyak hasil adalah satu pagi tu: lebih kuirang 27 kg ikan darat. Banyak tu. Kalau buat jamuan sekampung pun tak habis. Sedikit ikan diambil, yang lain2 tu dijual. Jual pulak murah2 je. Memang biasanya habis. Hasil jualan tu pulak bukannya buat apa, isi minyak. Kadang2 aku geram tengok duit banyak, aku beli megi. Hahaha. Memang best layan megi di musim hujan.



Season ni, selama 2 minggu, memang itu lah rutin pagi dan petang. Bukan tujuan asal untuk berniaga, tapi ia sampingan sahaja. Boleh ar rasa kerja orang kampung. Kalau betul2 nak cari duit, baik aku kerja je. Tujuan asal nak merasai keseronokan + adventure jugak. Kosnya berjaya ditampung oleh hasil jualan ikan. Memang tahap 'total immersion'. Langsung aku lupa teori + rumus2 engineering. Haha. Di samping itu, ada la jugak aktiviti daripada melepak kat rumah. Seingat aku, ia season 6 episod 2. Sudah agak lama (lebih 6 tahun) aku berkecimpung dalam bidang ini setiap kali tiba bulan Disember. Tu sebab aku suka bulan Disember.

Lepas 'bah' pula, sungai di kampung aku yang jaraknya tak sampai satu kilometer menjadi pilihan. Bila air kembali normal, ikan memang galak mencari makan. Pelbagai cara menangkap ikan diaplikasikan. Hasil macam biasa, tidak mengecewakan.





Tapi kali ni air bah tak besar sangat. Jadi tempohnya tak lama sangat. Kampung aku memang bernasib baik setiap kali bah, rumah2 tak ditenggelami air. Hujan yang mencurah2 kadang membawa kesusahan untuk sesetengah orang, tapi 'in this case' ia membawa rezeki. Air bah yang banyak tu akan kering juga (keadaan dah kembali normal pun waktu aku menulis ni) , tapi aku percaya bumi ini tak akan pernah kering dari rezeki.

1 comment:

tt630 said...

kaye doh sek yer leni.