Saturday, November 22, 2008

Dunia ... Layang

Post ini adalah imbasan peristiwa. Dan ada "anasir" yang perlu dikeluarkan darinya umpama menyucuk keluar sembilu dari jari. Kredit to Karam Singh Walia untuk peribahasa ini.

Peristiwa ini berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung. Terengganu. Zoom sikit lagi, pusat bandar Kuala Terengganu. Stesyen bas MPKT. Zaman tu, 90-ah. Waktu tu aku baru mula nak mengenal dunia. Yeah. Tapi sampai sekarang pun aku x kenal dunia.

Aku sedang duduk di dalam bas. Tunggu bas bergerak. Nak balik ke rumah lepas ikut kakak aku pergi ke mana entah. Aku tak ingat. Bas waktu tu memang old skool. Bergegar2. Penumpang agak ramai. Tapi drebar masih layan Teh 'O' Peng, mungkin.

Zaman tu ramai orang mintak sedekah dari bas ke bas. Memang setiap kali naik bas dan tunggu bas bergerak, memang ada orang mintak sedekah. Tapi aku tak sedekah sebab mane ada duit. Satu lagi yang biasa, orang gila. Memang ramai orang gila zaman itu. Stesen bas pulak jadi pusat aktiviti orang gila. Tapi aku tak anti orang gila, sebab mereka pun orang juga..

Orang gila pun tak jauh ketinggalan dengan orang mintak sedekah. Kalau orang mintak sedekah berhijrah dari satu bas ke bas yang lain, orang gila pun sama. Tapi aku kurang faham tujuannya. Mereka (orang gila) hanya menyebarkan propaganda dalam bentuk ceramah. Tanpa bayaran.

Salah seorang daripada rekrut mereka masuk ke bas yang aku duduki. Drebar tak ada, jadi senanglah kerjanya. Dia berdiri tegak bagai presiden dan bercakap baris demi baris. (Sela masa antara percakapan biasanya untuk memberi ruang berfikir kepada pendengar). Pom pam pom pam. Aku di belakang kurang jelas akan hebahannya.

Aku terfikir untuk fokus sedikit. Aku dengar dan aku kagum dengan orang gila. Ya, KAGUM. Memang sukar untuk menilai, sebab isi yang bernas ada diantara lawak bodoh dan perbualan kosong orang gila. Aku terfikir: Kenapa dia gila?

Sedikit ayat orang gila yang aku sempat copy :

Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang- Layang sama dengan DUNHILL.

Peh. Kreatif. Satu lagi..

Perempuan Untuk Melahirkan Anak sama dengan PUMA.

*** Aku tak menyokong ideologi tersebut mahupun membangkang. Cuma mengimbas kembali. ***

Itulah kerja mereka. Memberi ceramah bercampur antara yang boleh pakai dan yang tak boleh pakai. Ideologi mereka, mungkin. Mereka naik bas dan turun bas, dari satu ke satu yang lain. Bukannya nk minta sedekah. Untuk apa?



Subpost: Stesyen Bas MPKT Kuala Terengganu

Perenggan ini ke bawah tiada kaitan dengan orang gila. Atau mungkin ada sedikit..

Di stesyen bas itu juga. Budak2 yang berusia lebih sedikit dari aku (pada waktu itu) melepak di tangga stesyen bas. Pakaian macam rock star zaman 80-an. Aku perasan mereka meminum air botol dan merokok di tangga. Perbualan mereka agak bising.
Aku duduk menunggu bas, nk ke sekolah. Tiba2 asap muncul di sekitar tempan budak2 tadi lepak. mereka kalut. Tapi mereka perasan asap tersebut berpunca dari segerombolan kabel yang dipasang pada cable tray di sebelah tangga. Aku tak tahu kabel apa. Mungkin kabel elektrik. Dan berasap sebab litar pintas.
Salah seorang dari mereka bertindak pantas selepas menjumpai punca asap tersebut. Mungkin mahu memadamkan kebakaran. Air dari botol air dicurahkan ke cable tray. Puff. Asap makin banyak dan mereka makin kalut; berlari ke tempat lain. Pak guard bising2, "Bodo nggoh. Wayar api tu.." katanya.

Kesimpulannya:Niat betul tapi cara salah!

No comments: