Wednesday, January 21, 2009

Kami bukan nelayan. Kami cuma bosan..

Hujung minggu memang bosan. Tapi aku ada cara untuk menghilangkannya. Alhamdulillah. Nasib baik bumi bertuah Malaysia masih banyak kekosongan dan kebebasan. Kalau di Palestin jangan harap.. Kesian mereka. Israel pandai luarannya tapi bodoh di dalam.

Dari Muar catch and release ke Muara Sungai Melaka.
Muar catch and release trip memang agak panjang dan memenatkan mata + menebalkan muka. Tebal muka sebab di dalam kelompok orang beriadah dan melepak di waktu malam bersama keluarga di taman yang agak indah di tepi muara sungai Muar, muncullah beberapa orang membawa joran dan mengail la di situ.. Budak2 berkejaran bermain sambil ibu bapa mereka bersantai. Memang agak kurang sesuai untuk aktiviti menjoran tapi dah nak sangat, mane2 pun boleh. Atas jambatan jadi port kedua. Hasilnya anak2 ikan yang masih belum baligh. Tu sebabnya ia jadi trip catch and release. Tak sampai hati nak ambik. Kecik sangat ikan.

Muara Sungai Melaka boleh tahan la. Tapi sebab tak menghafal waktu air pasang surut, trip terpaksa dilencongkan dengan sedikit jalan2. Hasilnya seekor saja, di-release dalam kuali. Sedap, walaupun dimasak secara minimal (letak garam je, x ada perasa).

Walaupun dah semester terakhir di Melaka ni, masih belum terlambat bagi aku untuk membawa hobi di kampung ke sini.. Ada hasil boleh la cakap, kalau hari tak dapat ikan, balik senyap je ar..

4 comments:

w.a.k. said...

bapak besar ikan, agak2 ikan ni mkn ape erk ermm yummy2

Che Ku said...

umpan anak ikan.
tak tau la kalau dia mkn nasik.
aku x penah try buat umpan nasi haha..

tapi aku penah tengok orang guna umpan ayam KFC, dapat byk ikan.
duh..

Anonymous said...

sedap ikang..takap agi weh..aku nk makang agi nih..hehe

Che Ku said...

anonymous mari ikut aku g ngail. buleh lagi kot.. hahaa