Thursday, November 20, 2008

Ragu ragu sama dengan celaru

Sekarang ia berada dalam genggaman separuh bahu kanan dan pergelangan tangan kiri aku. Dah tersangat lama aku meninggalkannya. Baru sekarang menjenguknya. Dh berbungkus berbulan2. Dicemari karat.

Sebabnya adalah ragu-ragu. Aku ragu dengan quality time yang diluangkan untuk muzik. Kononnya ia menyulitkan tahun akhir ku. Kononnya aku mengetepikan segala benda lain selain dari melayari tahun akhir. Cis.. Aku selesa memegang benda ini. Tapi aku menahan kemahuan itu. Dan sekarang habislah masa berpantang. Hasilnya aku boleh agak. Bullshit.

Memang tak bebaloi. Ia sekadar konon. Sekarang aku membina pendirian baru. Aku akan buat apa yang aku suka. Dan pergi mampus "ragu-ragu".



Strap = belt yg diguna untuk menggantung gitar ke badan


Dan oleh kerana lamanya aku tak kisah, banyak benda yang hilang. Hilang seri, hilang feel.. Satu benda fizikal yang hilang adalah strap gitar aku.. Mane eh? Serius x jumpa cari.. Tu je point utama sebenarnya. Aku tak tahu nak tanya sape, jadi aku umumkan.

2 comments:

Anonymous said...

try tgk dlm beg ko..
kat poket..slalu aku simpan dlm poket..
tp asenye mmg aku da bg skali aritu

Che Ku said...

haha. aru rs mmg aku dh ambik aritu. tp lupa simpan ktne..