Sunday, September 7, 2008

it's a plastic season

anda puasa?
berbuka di mana?
di rumah @ di kedai?
di rumah?
masak sndri ke beli kt bazar?
bazar kan?
byk beli?
kalau tak banyak pun mesti macam2 jenis kan?

Penuh dengan tanda tanya. Tapi ia pasti memberi makna..
Bulan Ramadhan memang ramai orang berniaga di bazar. Kedai2 makan pun makin ramai pelanggan pada waktu petang. Bagus. Tambah pendapatan.

Ramai pembeli + ramai penjaja. Subjeknya; banyak sekali kuih-muih @ makanan @ minuman. Anda pasti akan membeli sebahagian darinya dan membawa pulang ke rumah. Dan sudah tentu anda tidak akan membawa bakul atau bekas untuk mengisi pembelian tersebut.

Mungkin anda sudah tahu + faham apa yang ingin diperkatakan di sini. Rujuk tajuk post ini...
Belum? Baiklah, teruskan membaca.

Anda pasti menerima pembelian tersebut bersama satu beg plastik untuk memudahkan anda membawanya. Kalau beli banyak, mungkin dua tiga helai beg plastik. Musim ini banyak beg plastik akan/telah digunakan. Bagaimanakah nasib 'mereka' selepas waktu berbuka? Seorang mungkin membuang beberapa beg plastik. Satu rumah mungkin banyak. Darab dengan 30 hari. Mampus.

Aku tertanya-tanya...

Makin tinggikah bukit sampah dekat jalan nk ke Stadium Hang Jebat (Melaka) tu?
Makin banyakkah penyu mati tercekik plastik?

Apa nk buat ye...

2 comments:

Seyn Jukey said...

betul tu che ku.jadi apa pulak peranan kita y ko cadangkan.hehe~

Seyn Jukey said...

maka akan ku bawa plastik selepas ini.hehe~