Monday, September 22, 2008

Jalan bulan puasa

Aku melalui jalan di tepi bangunan berhampiran MITC. Bangunan tersebut sedang dibina dan pada masa tersebut ramai pekerja sedang bekerja. Cepat benar kemajuan pembinaan bangunan itu.. Kren - kren sedang giat digerakkan mengangkat bahan binaan. Diantara kren kren tersebut, mata aku terfokus pada kren yang paling besar iaitu Tower Crane yang dibina pada bangunan itu. Mungkin mengangkat sebuah lori kecil tidak menjadi masalah baginya.
Ia sedang bergerak. Nampaknya macam sedang mengangkat beban. Tapi aku tak nampak beban tersebut (ia terlindung oleh bangunan). Aku terasa ingin tahu. Aku pun terus memerhatikan kren tersebut walaupun aku terpaksa membahagikan masa melihat jalan. Maklumlah, sedang menunggang motosikal.
Kemudian aku ternampak beban yang diangkatnya:

Aku tak tahu apa nak rasa..
Rasa geli hati x kena..
Rasa marah x kena..
Rasa kecewa x kena..


Beban yang diangkatnya adalah sebungkus air + nasi bungkus dalam plastik kecil bewarna merah. 100kali lebih kecil berbanding dengan hook kren itu sendiri. Itu yang aku dapat nampak setelah aku zoom mata sebanyak kali yang mungkin. Wajarkah?? Aku masih ada banyak soalan yang tak terjawab ni.

5 comments:

mohd said...

hahahaha...

Che Ku said...

sunggoh ni
bukan lawak kelakar
serius

pemandu kren lapo kot
malas turun beli nasik
order je

tapi ia berlaku pd waktu siang
harap2 bukan org melayu pemandu kren

mohd said...

aku xheran pon..
kat fakulti belambok dok pose...
bowok botol air rilek je..

Anonymous said...

bukan kerja berat sepanjang tahun, dibolehkan x berpuase?

bab agama ~agama ni kurang sket, maklumlah, dulu selalu ponteng ngaji je.

Che Ku said...

btul doh tu
kerja berat memang ada 'rukhsah'
dibolehkan laa

x kisah la dia org islam ke tidak
@ dia puasa ke tidak
itu hal dia dgn tuhan

apa yang aku fokus disini
angkat sebungkus nasi+air dengan kren bersaiz besar
wow -- sedikit pelik + kreatif