Tuesday, September 16, 2008

Lebih - lebih

Kelmarin dan sebelumnya:

Kereta sape ada kosong? Nak isi satu lagi ni.. (diulang beberapa kali kepada beberapa orang).
X ada jawapan yang menarik perhatian langsung.. Semua jawapan panjang lebar menerangkan nama sorang - sorang penumpang yang sudah memenuhi kargo. Nama orang sekarang panjang - panjang ye..

Aku nak balik kampung. Raya nanti. Tapi tiket bas dah habis. Aku terlewat tiba beberapa jam sahaja ke Melaka Sentral pada hari tiket dijual. Tak sempat. Sampai ke hari ni buntu.


Hari ini dan selepasnya:

Aku dapat tiket bas Utem, Melaka - Terengganu. Tiket KT - Melaka pun dah dapat la.. Haha. Boleh balik raya dengan aman.
Tapi aku terima SMS dari member aku. Katanya..
"Weh, tiket bas mari Melaka aku beli doh. 2 keping. Mung se aku se."


Ah. Dah terlebih pulak tiket kembali ke Melaka.
Jadi sekarang aku kena cari orang yang nak beli tiket ni..
Jadi salesman lagi..

Telah diedit- Kritikan Mat Piah telah mengubah isi kandungan post ini. Cencored katanya. Terima kasih untuk teguran anda.

1 comment:

mohd said...

jual sini terus..
bajet penduduk malaysia tahu ar...