Friday, September 12, 2008

Benda terbang dan muntah. Apa kaitannya??

AMARAN: Isi kandungan adalah PELIK, JIJIK dan MEMBOSANKAN!


Tadi..
Aku pergi ke kelas naik motor seorang diri. Budak rumah yang lain mengambil cuti tahunan. Kata mereka banyak lagi cuti yg belum digunakan. Aku mungkin dah kehabisan cuti. Pergi jugak kekelas. Aku suka Digital Signal Processing walaupun test baru2 ni aku jawab teramat sikit. Dan aku tertanya2 siapakah Doraemon kerana aku agak pasti menjadi Nobita; kosong.. Ketika aku mengenang akan test ku yang malang ni lah sesuatu terjadi seperti diterangkan dalam perenggan di bawah...

Aku di tengah2 perjalanan la masa tu. Jalan lengang, hampir tiada kenderaan. Betul kata syahir, hari ni panas, sbb tu dia x ke kelas. Melihatkan jalan yang kosong, aku rasa selamat. Rasa macam jalan tu aku yang punya. Aku pun layan la melayari perjalanan yang tak berapa jauh ke kampus UtEM Durian Tunggal. Sorang diri. Rilek la.. NO RUSH walaupun dah pukul tiga lebih (klas pukul 3). Aku layan lagi rasa selamat tu. Rileks..


Perenggan di bawah berlaku dalam masa beberapa milisaat sahaja

Pemandangan menarik, angin sepoi2 bahasa, awan berterbangan, dan ada seekor binatang terbang (mungkin pepatung) terbang hendak melintasi jalan merentangi aku. Aku tak hon la sebab ia kecik je.. Lagipun bukan ia faham. Beberapa milisaat kemudian, aku terkejut. Aku dapati cebisan sel2 berdarah + berlendir di tangan aku. Aku berfikir selama beberapa milisaat lagi. Ah. Aku rasa sesuatu di muka (antara bibir dengan hidung). Brengsek!! Binatang terbang tadi terhempas di hidung aku. Jijik. Terhempas dan terkeluar sel2nya. Helmet + visor tidak dapat menghalang hempasan tersebut. Kena jugak.. Nk termuntah aku. #%$%

Oleh kerana tak boleh terima apa yang berlaku, aku hilang kawalan, hampir tereksiden. Hampir2 aku terbabas dan terlanggar pembahagi jalan. Nasib baik x ada kenderaan. Habis hilang rasa selamat. Malapetaka yang pelik + jijik. Kenapa aku menjadi mangsa??
Aku pasti ia bukan kerana kecuaian aku. Aku pakai helmet. Aku bawak moto slow je. Tapi ia kemungkinan (probability). Mungkin P = 0.00000000001 tapi kena jugak nk buat camane..

Moral:

Jangan rasa selamat sangat.
Jangan melintas jalan seperti benda terbang tersebut.
Hapuskan benda terbang!!! .-*/+*^#%$%$%

Kalaulah aku tekan hon sebelum melanggar ia, mungkinkah perkara ini terjadi??

3 comments:

tt630 said...

yee, hapuskan makhluk terbang d pintu tandas kita, gua dah tak ble tahan dah ni.

Seyn Jukey said...

yang pertama kita analisis
adakah benar ia terbang?
bukan melantun?
pasti?

Che Ku said...

aku agak pasti ia terbang
lebih satu meter dari tanah
selama beberapa saat

tapi ia baru belajar terbang agaknya
terhempas hancur jijik weekkk
hanya tinggal cebisan