Sunday, August 10, 2008

Hahaha. Dh lepas.

"Kali Pertama" memang sesuatu yang mengundang pelbagai komplikasi terhadap kita. Ingat tak kali pertama anda ke sekolah rendah? Macamana rasanya? X ingat sudahhh..
Aku baru je lepas persembahan live band yang pertama semalam. War of The Band UTeM.
Aku baru je bangun tido (3.15 am). Best gile tido sejak lepas maghrib tadi.. Siap mimpi tukang sapu baling penyapu masa buat persembahan masa WoTB. Penyapu buruk pulak tuu.. Nasib baik mimpi jer.. Kalo betul2 punya, aku dah berangkat ke Vietnam dh ni; menyorok dalam semak. Teruk sangat ke kami ni sampai baling penyapu.. Ishkk. X betramadun arr tukang sapu ni.. Baling arr bunga ke, duit ke..
Perghh.. Aku pon x sangka aku masuk menatang ni. Tapi bagus jugak, dapat jugak pengalaman. Aku join pun sebenarnya atas desakan member yang bersungguh2 dtg kejut aku pagi2, gi belanja sarapan, pastu lps makan suapkan aku rokok; siap tolong nyalakan lighter lagi. Semuanya gara2 nak ajak aku join diorang. Waahh. Rasa macam penting sangat pulak aku nih.. Sebenarnya tak! Aku bukannya pandai sgt pon, sekadar boleh main jer... Kami dh lama jam bersama dan mereka bersungguh2 nak masuk. Tapi aku masih mengalami "gejala muzik yang kurang enak" pada masa tu (lain masa aku cerita pasal ini). Tapi aku pon terima jer la. Nk rasa jugak macamana ketarnya lutut berada di atas pentas yang taklah tinggi sangat dan jadi tumpuan orang ramai. Sekali lagi; pentas tu taklah tinggi sangat, ada 4 anak tangga jer, tapi masa WoTB tu rasa macam panjat Gunung Datuk kt Rembau dulu. Ish, berpeluh.. STAGE FRIDGE katanya Kamil.
Nama band yang dipilih oleh Pendek mengundang sedikit kontroversi. Bukan dgn pihak band, tapi DJ masalah sket masa kami nk naik pentas. Kami tak kisah band nama ape pon sebab bukan kekal lama pon. Lagi pulak dia bukak kamus pastu main ambik je satu perkataan; UNCONCIOUS. Ok la tuu. Kami paham. DJ WoTB pulak bengong. X reti eja nama band kami pastu komen nama pelik2 laa... Baca kamus arr weii..
Sampai atas pentas, aku dah tak berapa pandai mengira.. Hidung aku yang selesema dan asyik keluarkan hingus sebelum ni pon dah x ingat yang dia selesema. Xde langsung selesema masa atas pentas tu. Bagus jugak. Dibuatnya hidung aku panik, mau banjir pentas tu... Aku sambar kabel gitar yang pendek dan aku terus cucuk kat mana patut. Pusing knob amp sket, main2 switch; ok le tu. Layan sudah; bak kata Zamer yang kali kedua masuk WoTB. Aku pon ape lagi, layan laaa. Dah tak ingat crowd kat depan. Rupenye aku layan betul2; sorang2. Masa main lagu pertama, timing aku dah tak berapa betul. Lagu kedua okla. Kami bawak lagu The Times: Disko Dansa + Picagari. Tu jer yang termampu tapi ok la sebab vocalist (Ang) memang layan dan dah berangan nk jadi NAZA.
Ramai jugak member2 dtg beri sokongan. Tapi, ada jugak aku dengar suara sumbang kera2 yang mengutuk kami. Jangan macam tu.. Kami dh la fist time panjat pentas nii.. Kutuk pulak. Lagi goyang lutut!
Dh abis je nyanyi. Vocalist terus berlari2 anak turun pentas. Aku pun cepat2 off amp pastu ikut sama. Bengong Ang, laju jer dia turun. Tau la kami main x menjadi jgn blah cmtu jer..

Macam2 arr pengalaman kami dapat masuk benda nih. X rugi r bayar RM60 walaupun sume band luar UTeM sapu wang hadiah.

Tu la kali pertama aku berjaya mengatasi ketakutan naik pentas. Lepas ni naik lagi kot. Hehe.. Tapi aku bertanya kepada member2 band, "sebab apa tahun 4 ni baru kita nk masuk WoTB sedangkan dh lama kita jam bersama; sejak taun 2 lagi?".
Jawabnya,"Woouuuu.. Kalau kita main hancurr, malu sekejap jer sbb taun depan kita dh tak ade kt sini.." Hmm.. Betul jugak. . .

2 comments:

Seyn Jukey said...

uiks che ku ada blog. hehe. seyn da ada blog juga. blog mengarut. mengarut ok? untuk sementara waktu saja. nanti bila dah matang kembali, justeru itu hilanglah karut. jadi harap-harap diberi sokongan untuk sementara waktu ini. terima kasih:)

Fndy said...

che ku ttp rawk!