Tuesday, August 19, 2008

Kemana fikiran melayang

Cuti seminggu bunyi macam lama. Aku tak pernah tak balik kalau ada cuti. Balik jugak walaupun sekejap. Tapi kali ni aku mengambil risiko untuk sedikit perubahan. Aku menolak ketepi segala tohmahan manusia dan godaan syaitan yang mengajak aku balik. Aku tak mahu balik sekarang! Raya nanti balik la..
Dan sudah beberapa hari aku duduk di melaka, melayari keboringan; yang memang aku sudah duga kedatangannya. Dan bukanlah kekosongan yang mengisi keboringan itu. Aku ada misi. Untuk memperbetulkan apa yang salah. Meluruskan yang serong. Ia memerlukan ruang dan masa yang cukup banyak. Mungkin sempat, dan juga mungkin tak berjaya. Masa masih panjang dan aku masih berkira-kira untuk mendapatkan "peace of mind".

Ini gambar tempat kegemaranku. Sungai. Memang. Aku memang suka berada di kampung ku yang indah lagi permai. Tapi, kalau aku balik pun, aku bakal merasai beban kemalasan untuk kembali ke sini. Banyak jugak masa yang diperlukan untuk perubahan itu. Maknanya, ia tidak mengubah apa-apa tapi memburukkan keadaan. Aku terpaksa melupakan hobi buat sementara waktu.

Tentang misi pula. Bunyi macam hebat tapi tak. Aku cuma berperang dengan diri sendiri. Setelah hampir 22 tahun hidup, banyak dah aku lalui dan aku telah merasai sedikit kemanisan hidup (banyak jugak). Namun aku masih mengejar banyak benda2 yang aku sendiri pun tak nampak dan aku tak tahu apa yang aku mahukan. Aku masih lagi meneroka pemikiran sendiri...

Kadang2 aku rasa macam aku kehilangan "grip". Dan mungkin juga perasaan sahaja; yang didorong oleh setan2 yang berkeliaran; mahukan aku jadi kawannya. Sudah cukup banyak benda yang aku abaikan, jauhkan dan elakkan.


Tapi, INSPIRASI dan MOTIVASI. Dimana?

No comments: