Friday, August 15, 2008

Hipokrit, tapi Nasib Baik

Aku dibesarkan dalam suasana yang sederhana di sebuah kampung di Terengganu tanpa gangguan bunyi muzik2 dari apa2 genre sekalipun. Kalau sebut nama kampung pun bukan anda tahu.. buang dakwat je.. Sebuah kampung yang aman damai sebelum kebangkitan semangat ke-partian era skandal Melayu BN-PAS (xde kaitan). Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Getang dan merupakan seorang pelajar harapan merangkap Pengawas sekolah. Sekolah menengah aku - SMAASZA, sebuah sekolah agama berasrama penuh ternama di Kuala Terengganu. Aku bermula dengan memakai kopiah kemudian tidur di dalam kelas semasa waktu study(prep). Disitulah aku memulakan pembinaan landasan yang membawa hidup aku ke tahap bangau sekarang ni.. Tingkatan tiga merupakan detik perubahan dlm hidup aku. Masa tu aku terjumpa kaset Green Day kepunyaan kawan aku + walkman. Aku pon tekan play.
Apa yg berlaku?? Ada bunyi lagu laa.. Dh tekan play mmg la bunyi lagu xkan keluar bunga api pulak..
Pendekkan cerita laa.. (dh mengantuk). Aku mula bercita2 utk mendalami bidang muzik. Haha. Tingkatan 4 dan 5 di MRSM Pengkalan Chepa, aku masih lagi hanyut. Tahun satu di matrikulasi Kolej Mara Kulim, aku nekad membeli sebijik gitar Kapok. Masa tu aku tak reti langsung main gitar dan mungkin jugak tak tau apa fungsi sebuah gitar. Haha. Tp nak belajar kna ada gtar.
Tahun satu di utem, aku mula menjinakkan diri dgn studio jamming walaupon jamming bunyi macam orang buang sampah. Tahun 4 (baru2 ni) join War of The Band tp aku tak tahu apa yang juri duk menyumpah dalam hati terhadap kami. So, x boleh la nak menilainya.
Kisah hipokrit: Pada pandangan orang tua ku, aku adalah seorang anak yang biasa2 saje. Bila berhadapan dengan mereka, aku pijak semut pon tak mati... Aku memang sentiasa menyembunyikan diri aku yang sebenar dibalik topeng. Dh biasa hipokrit sejak bangku sekolah lagi. Aku cuma tak mahu membebankan orang tua dengan masalah remaja seperti aku ini. Mungkin aku tercemar (sikit2) dengan budaya kuning tapi aku x mahu orang tua aku kecewa. Jadi, aku buatlah macam segalanya ok padahal tidak!
Dan pada hari WoTB itu, rahsia hipokrit ku hampir terbongkar. Kebetulan hari tu, abang aku grad dan orang tua aku datang la.. Kebetulan, orang tua ku jalan2 kat gerai2 byk2 tu. Siap duduk depan stage lagi. Kalaulah pada waktu itu aku perform, memang org tua ku terpaku melayan petikan gitar syahdu aku. Dan mampuslah aku kena ceramah oleh ayah aku. Persoalannya, takkan itu pon nk kecoh? Hmm.. Susah nak explain sebab orang tua aku lahir pada zaman yang berbeza dengan kita. Benda2 macam ni memang sukar diterima..
Tapi nasib baik masih menyebelahi pihak yang salah. Pada waktu sebelum band aku start perform, orang tua aku berangkat.. katanya nak ke Menara Tamingsari. Aku cuma senyum + angguk. Lega... Dan aku terus menjadi HIPOKRIT sampai bila pun xtahu..

3 comments:

Seyn Jukey said...

rileks.ramai yang hipokrit walaupun ada ramai yang tak.itu da masuk taraf hipokrit sunat tak,ustaz? hehe

w.a.k. said...

xper...sape yg idup x hipokrit

mohd said...

berat doh mg ku.. aku kabo ke ayoh mung..
hahahaha