Sunday, August 3, 2008

Semalam yang panas!!! Cobaan

Turning point at critical point!!
Hari ni hari last daftar War of The Band.
Aku pulak masih pening + sakit hati dengan cobaan yang melanda. Aku berikan sepenuh komitmen untuk join War of the Band. Tapi keadaan tak mengizinkan.
Semalam adalah last jam session bersama band yang belum ada nama (tapi lebih dikenali dengan nama B**** P*** -censored). Tapi semangat dh jadi pudar. Nk jam pon susah. Book pukul 10. Tapi lain jadinya. Tauke studio terpaksa tangguh ke pukul 12, banyak hal la pulak. Jadi, bdk2 band terpaksa 'hold on' smpai pukul 12. Dahla semalam nk buat keputusan samaada nk masuk @ tak WoTB Utem. Critical point!
Sampai la pukul 12, semua bdk band menguatkan semangat utk final test. Tp tauke studio call, suruh dtg pukul 12.30. Lagiii...
Pukul 12.30 menjelma dan bdk2 band siap sedia dpn studio. Tp apalah malangnya pengurusan studio yg x cekap... Terpaksa lagi tunggu pukul 1.20. Semangat dh hilang. Topup sikit dgn lepak2 dlu, minum2. Ambik angin segar sket...
Dan tibalah masa yang dinantikan. Masa tu kami jemput lead guitarist utk audition + 2 org penonton. Tapi keadaan yang 'Bbolok" itu menyebabkan semua x menjadi. Semua dh xde feel. Yang ada cuma 'sound & silence'. It's hard to explain though! Lead guitarist yang first time jam dgn bdk2 band x puas hati dgn prestasi yang 10sen itu. Dn dia lebih positive utk x menyertai WoTB. Perghh. Teramatlah kecewa bdk2 band. Malu pon ada. Bukan kerana lead guitarist tapi dgn diri kami sndri. Bukan nk salahkan keadaan(bdk2 ni pon bkn mahir sgt, tapi biasanya OK). Terpaksa mengakhiri sesi yang paling teruk + melupakan angan2 utk buat "langkah pertama".
Awal pagi, perbincangan meja bulat berlangsung di Subaidah. Semua muka seposen sbb semuanya jadi terbalik + lupakan hasrat nk masuk WoTB. Lead guitarist dh lama balik x ada masa tu. Tp kami diberi peluang kedua. Another turning point! Lead guitarist sms bermaksud : "Korang main mmg teruk malam ni. Aku rasa sesi tadi yg paling teruk aku dengar. Oleh kerana 'tadi' dh berlalu, aku rasa esok lusa x akan jd lebih teruk sbb ;tadi' adalah yg paling teruk. Paham? Ni nombor IC aku + nama ... ...). You guys rock."
Kami ambil risiko peluang kedua dan balik tido. Dan aku bangun pagi ini dgn KOMITMEN, tapi belum jumpa bdk2 band. Malam ini menentukan segala2nya.

1 comment:

Che Ku said...

*** Mesej bukan mesej sebenar. Telah diubah bahasa dan diadaptasi. Jgn salah faham.